suria

“Baby Shima pendorong saya bina nama di Malaysia” - Jadual Dinda Permata penuh selepas program 'Big Stage'

Baby Shima mendorong Dinda Permata mencipta nama di Malaysia.

PEMENANG tempat kelima Big Stage musim kedua, Dinda Permata berkata popularitinya naik mendadak selepas menyertai program nyanyian tersebut.

Menurut penyanyi berasal dari Indonesia ini, dia menerima banyak tawaran persembahan nyanyian daripada kedua-dua negara dan jumlah pengikutnya di Instagram bertambah setiap hari.

"Selepas program ini berakhir, jadual persembahan saya boleh dikatakan sudah penuh. Selepas ini saya akan berulang-alik antara Malaysia dan Indonesia.

ARTIKEL BERKAITAN: “Buat apa buka penyertaan luar tapi nak juga peserta negara sendiri menang” - Kemenangan Han Byul dipertikai, ini jawapan Siti Nurhaliza!

"Alhamdulillah, orang ramai semakin nampak bakat saya dan mereka mula percaya kemampuan saya menyanyikan pelbagai genre lagu.

"Sepanjang menyertai Big Stage, pengikut saya di Instagram juga bertambah lebih 45,000 orang. Ramai juga ya tu!," katanya kepada mStar.

Dinda akan terus hiburkan peminat Malaysia dan Indonesia.

Sementara itu, Dinda berkata penyanyi asal Malaysia iaitu Baby Shima turut menjadi pendorong untuk dia mencipta nama di Malaysia.

Ujarnya, Shima merupakan individu pertama yang mengalakkan dirinya menyertai pertandingan tersebut dan tak lokek berkongsi pandangan serta sokongan sepanjang berada di pentas Big Stage.

Baby Shima yang memberikan semangat untuk saya sertai Big Stage dan mungkin dia yang beri cadangan nama saya kepada pihak Astro dan Astro pula tawarkan pada saya!

DINDA PERMATA

Penyanyi

"Kalau nak tahu... saya dan Baby Shima merupakan artis di bawah syarikat rakaman Nagaswara di Indonesia. Walaupun jarang berjumpa tapi kami selalu berhubung di laman sosial.

"Dialah yang memberikan semangat untuk saya sertai Big Stage dan mungkin dia yang beri cadangan nama saya kepada pihak Astro dan Astro pula tawarkan pada saya," katanya.

Menyertai Big Stage merupakan peluang paling bermakna dalam karier seni Dinda.

Dalam perkembangan lain, Dinda memaklumkan dia bakal muncul dengan single baharu hasil ciptaan komposer Malaysia.

Bagaimanapun, ia masih dalam proses pembikinan dan buat masa ini dia mahu fokus dengan rangka promosi lagu baharu berjudul Ku Tak Bisa ciptaan Ato Angkasa.

"Ya! Ada komposer Malaysia yang tawarkan single dan mungkin saya akan ambil tawaran tersebut.

"Malah ikutkan ada juga perancangan berduet dengan penyanyi di sini. Siapa penyanyi itu? Kena tunggu!," katanya.

Dinda Permata, Baby Shima

Artikel Lain