“Buat apa buka penyertaan luar tapi nak juga peserta negara sendiri menang” - Kemenangan Han Byul dipertikai, ini jawapan Siti Nurhaliza! - Hiburan | mStar

“Buat apa buka penyertaan luar tapi nak juga peserta negara sendiri menang” - Kemenangan Han Byul dipertikai, ini jawapan Siti Nurhaliza!

Siti menilai bakat peserta tanpa mengambil kira negara yang diwakili mereka.

JURI tetap program nyanyian Big Stage, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkata kemenangan Han Byul sebagai juara dalam program tersebut tidak seharusnya dijadikan isu berikutan pertandingan itu menilai bakat setiap peserta.

Menurut Siti, tiada istilah mengutamakan penyanyi luar sehingga mengabaikan anak seni tempatan kerana kesemua mereka bertanding atas satu misi yang sama.

"Muzik ini universal... kita berkongsi bakat dan mempertaruhkan bakat di pentas ini, buat apa kalau kita buka penyertaan untuk negara lain tapi kita nak juga peserta negara kita menang. Itu bukan persaingan namanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Han Byul juara Big Stage musim kedua

"Persaingan sihat apabila kita menilai secara telus dan jadikan ini sebagai salah satu cabaran dan peluang untuk artis tanah air kita belajar.

Netizen mempersoalkan mengenai kemenangan Han Byul sebagai juara Big Stage musim kedua.

"Bagi saya Big Stage ini terbuka untuk kesemua peserta dan kita juri yang telah diberi tanggungjawab akan menilai setiap peserta dengan bakat yang mereka tunjukkan," katanya.

Siti ditemui semasa sesi sidang media selepas Konsert Akhir Big Stage musim kedua yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam, Selangor pada Ahad.

Big Stage kali ini menyaksikan penyanyi dari Korea Selatan iaitu Han Byul diangkat sebagai juara.

Kemenangan penyanyi berusia 29 tahun itu mengundang perbalahan segelintir netizen di laman sosial yang beranggapan penyanyi tempatan telah dipinggirkan.

Segelintir penonton mahu Neeta menjadi juara.

Sementara itu, Siti Nurhaliza berkata pengalamannya menyertai pertandingan nyanyian di luar negara sehingga berjaya meraih kemenangan adalah atas penilaian bakat dan bukan dipengaruhi faktor lain.

"Macam pengalaman saya dengan Misha Omar (juri jemputan), kita pernah pergi bertanding di satu pertandingan nyanyian di Shanghai, China dan kami berlawan dengan peserta tempatan.

"Tapi disebabkan mereka (juri) menilai lagu itu secara telus... saya dan Misha dipilih menjadi juara, jadi dalam hal ini tak ada masalah siapa yang jadi juara, meskipun orang luar," ujarnya.

Dari kiri; Adzrin memenangi tempat ketiga, Han Byul (Juara) dan Neeta (kedua).

Pada konsert akhir itu penyanyi Misha Omar menjadi juri jemputan di samping Siti Nurhaliza dan Cakra Khan.

Keputusan pemenang ditentukan oleh pemarkahan juri dan undian penonton secara online.

Saya dan Misha dipilih menjadi juara ketika bertanding di luar negara, jadi dalam hal ini tak ada masalah siapa yang jadi juara.

SITI NURHALIZA

PENYANYI / JURI TETAP BIG STAGE

Big Stage musim kedua menyaksikan Neeta menduduki tempat kedua, diikuti Adzrin dan Irfan Haris.

Manakala, peserta tunggal dari Indonesia iaitu Dinda Permata di tempat kelima.

Edisi kali ini, Astro membawa seorang wakil peserta dari Korea Selatan, Indonesia, Brunei dan Thailand untuk menyertai pertandingan tersebut.

Siti Nurhaliza , Han-Byul , Big Stage

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain