suria

Tayang kemewahan… Wawa Zainal, Aeril Zafrel bukan raih kekayaan cara mudah - “Empat tahun bukan sekejap, sekarang pun tak kaya lagi!”

Wawa dan Aeril bangunkan perniagaan sejak empat tahun lalu.

KEJAYAAN dikecapi pasangan pelakon iaitu Wawa Zainal dan Aeril Zafrel dalam bidang perniagaan bukanlah melalui jalan mudah seperti yang didakwa segelintir pihak.

Menurut Wawa atau nama sebenar Nur Hawa Zainal Abidin, 29, mereka juga pernah berdepan kegagalan dalam perniagaan, namun segera bangkit tanpa berputus asa.

“Susahkan nak kurus? Macam itu jugalah dengan kejayaan... bukan hari ini buat esok dah kaya!

ARTIKEL BERKAITAN: Rezeki makin luas selepas Wawa Zainal ubah sikap - “Sebelum ini saya suka bergaduh, sakitkan hati Aeril Zafrel”

“Wawa dan Aeril pun dah bisnes lama... jual baju pernah, jual tudung pernah, jual kanta lekap sehinggalah Wawa Cosmetics sejak 2016. Empat tahun bukan sekejap, pernah jatuh bangun balik!

“Siapa kata Wawa instant kaya? Cubit dia! Sekarang pun tak kaya lagi. Alhamdulillah cukup memadai buat Wawa dan team. Syukur!, ” katanya menerusi Instagram pada Sabtu.



Perkongsian Wawa di Instagram.

Sementara itu, Aeril pula menerusi akaun miliknya memuat naik foto bersama Wawa beserta kapsyen meluahkan rasa syukur dikurniakan pasangan yang baik.

"Alhamdulillah dikurniakan seorang isteri yang sungguh memahami dan sanggup berjuang bersamaku dalam kehidupan di dunia ini.

"Seorang wanita yang bila diberinya rumah, dia akan memberi kehangatan dalam rumah itu.



Keluarga bahagia... Wawa dan suami Aeril Zafrel.

"Jika memberinya beras, dia akan mengembalikan rezeki dan jika memberinya cinta, dia akan memberikan pengabdian seumur hidupnya," tulisnya.

Bagaimanapun, perkongsiannya itu menimbulkan rasa kurang senang segelintir pengikut yang menasihati Aeril supaya tidak menayangkan kekayaan di laman sosial.

Ini selepas beberapa selebriti dan instafamous dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes penggubahan wang haram.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain