suria

Lama kunci mulut tentang sakit misteri, akhirnya Nia Ramadhani mengaku sudah boleh ketawa

Nia Ramadhani semakin sembuh daripada penyakit misteri.

PELAKON Nia Ramadhani memaklumkan keadaan kesihatannya semakin baik selepas mendapatkan rawatan daripada pakar.

Menerusi laporan DetikHot, Nia mendedahkan dia menghidap masalah kekurangan zat besi sehingga perlu mendapatkan rawatan lanjut daripada pakar.

Pelakon sinetron Bawang Merah Bawang Putih ini bagaimanapun enggan berkongsi lanjut mengenai penyakitnya itu dan memberitahu dia kini sudah mampu ketawa.

"Alhamdulillah sudah sihat dan boleh ketawa-ketawa.

"Ya, setiap sakit apatah lagi yang teruk lebih baik kita buat kajian dulu, cuma saya takut nak bercakap mengenai hal ini.

"Tak payah ceritalah ya, InsyaAllah apa yang saya rasa dan boleh kongsi untuk orang ramai, saya akan beritahu nanti.

"Cuma sekarang ini, apa yang boleh dikongsi ialah jangan anggap remeh untuk penyakit sekecil apa pun," katanya.

Dalam pada itu, isteri kepada usahawan Ardi Bakrie ini menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada mengenai kesihatan tubuh.

"Kalau rasa badan tak sedap, terus lakukan pemeriksaan. Itu petanda daripada tuhan bahawa ada sesuatu yang tak kena dengan badan.

"Jangan jadikan saya contoh kerana tidak buat pemeriksaan langsung kerana saya tak suka jumpa doktor," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain