suria

Isu majlis pernikahan langgar SOP, polis cadang kompaun Neelofa dan PU Riz

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Mohamad Zainal Abdullah cadang kenakan kompaun kepada pasangan selebriti Neelofa dan suami.

ISU majlis pernikahan pengacara Neelofa dan Haris Ismail atau PU Riz masih belum selesai apabila pihak polis mencadangkan kompaun dikeluarkan kepada pasangan itu kerana gagal mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan ketika acara itu berlangsung.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata, pihaknya juga sudah menyerahkan kertas siasatan berhubung kes pelanggaran SOP itu kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

ARTIKEL BERKAITAN: Kertas siasatan kes majlis nikah Neelofa dan PU Riz langgar SOP sampai ke Bukit Aman - Polis

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa minta maaf, menyesal tak tunjuk contoh baik - “Ada banyak perkara yang saya terlepas pandang”

"Kertas siasatan dah sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya, apa pun keputusan terletak di tangan mereka.

"Kita dah bagi cadangan pasangan berkenaan untuk dikompaun," ujarnya ketika dihubungi mStar pada Selasa.



Foto yang menjadi pertikaian netizen berhubung dakwaan pelanggaran SOP ketika majlis pernikahan Neelofa.

Polis juga mengesahkan sudah merekodkan keterangan Neelofa dan Haris atau dikenali PU Riz berhubung isu itu.

Polis buka kertas siasatan selepas timbul kekecohan bahawa majlis pernikahan mereka yang berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur gagal mematuhi SOP dan tiada penjarakan fizikal.

Kita dah bagi cadangan pasangan berkenaan untuk dikompaun

ACP MOHAMAD ZAINAL ABDULLAH

Ketua Polis Daerah Dang Wangi

Sebelum ini, pihak keluarga pasangan berkenaan telah hadir di IPD Dang Wangi untuk membantu siasatan pihak berkuasa.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Neelofa dan Riz diijabkabul pada 27 Mac lalu di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain