suria

Insiden disambar api, Ali XPDC masih trauma... kini alami gangguan pernafasan

Wajah Ali yang disambar api tahun lalu sudah pulih sepenuhnya.

INSIDEN disambar api yang dialami penyanyi kumpulan rock XPDC iaitu Ali pada tahun lalu masih menjadi trauma kepada dirinya.

Ali atau nama sebenarnya Mohd Ali Ismail berkata, dia kini lebih berhati-hati dan menyedari hikmah disebalik pengalaman buruk itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sebab hand sanitizer Ali XPDC melecur disambar api - “Saya bakar sampah guna petrol, tiba-tiba meletup!”

"Saya memang reda dengan apa yang berlaku pada diri saya tahun lalu. Semua yang terjadi sudah tertulis oleh Allah. Bagi saya, ia satu ujian untuk saya.



Keadaan wajah dan tangan Ali selepas disambar api.

"Tapi saya ada juga masalah trauma bila berdepan dengan api. Bila nampak api, saya akan lebih berhati-hati. Saya ingat lagi, masa kejadian itu berlaku... kening dan bulu mata saya tak ada sebab terbakar.

"Barulah saya tahu kenapa Allah berikan bulu mata... sebab nak tahan air dari masuk ke dalam mata. Kalau tak ada bulu mata, bila mandi terus masuk air dalam mata. Barulah saya tahu besar peranan bulu mata," katanya kepada mStar.

Penyanyi berusia 53 tahun ini ditemui ketika program Jom Sihat Bersama House of Oxygen di Ezy Badminton Court, Semenyih baru-baru ini.

Selepas insiden itu, saya alami masalah pernafasan.

ALI

PENYANYI

Dalam kejadian pada 26 Mac tahun lalu, Ali disambar api ketika sedang membakar sampah menggunakan mintak petrol di belakang rumahnya di Kampung Rantau Panjang, Klang.

Akibat daripada kemalangan tersebut, penyanyi lagu Aku Dan Sesuatu itu mengalami kecederaan yang sangat serius apabila muka dan tangannya melecur 30 peratus.

Dalam pada itu, Ali meluahkan rasa syukur apabila keadaan dirinya kini sudah 80 peratus sembuh namun terpaksa berdepan dengan masalah pernafasan disebabkan kemalangan itu.



Ali bersama Ketua Pegawai Eksekutif dan juga pengasas House of Oxygen, Azri Hamzah.

"Alhamdulillah, syukur... saya sudah 80 peratus pulih selepas tahun lalu disambar api. Muka dan tangan melecur, kaki pun ada terkena juga.

"Selepas insiden itu, saya alami masalah pernafasan. Saya kena pergi ke klinik setiap kali rasa tak sedap badan dan sukar untuk bernafas. Tapi bila ke klinik, kos agak tinggi. Lebih kurang RM80 hingga RM100.

"Kebetulan, ada rakan kenalkan saya dengan mesin oksigen yang membantu pernafasan dan saya gunakan. Walaupun harga boleh tahan tapi memikirkan kesihatan, saya perlu beli.

"Sekarang ini, saya dah kurang alami masalah pernafasan tapi saya tak boleh terlalu aktif sangat sebab kalau aktif sangat, dada jadi ketat dan memerlukan mesin itu," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain