Bukan sebab hand sanitizer Ali XPDC melecur disambar api - “Saya bakar sampah guna petrol, tiba-tiba meletup!”

Ali cedera pada tangan, kaki dan muka kerana disambar api semasa mengemas kawasan rumahnya bulan lalu.

MENGALAMI kecederaan teruk pada anggota tubuh akibat disambar api baru-baru ini, vokalis kumpulan XPDC menganggap kejadian itu merupakan ujian dan takdir daripada Allah.

Ali atau nama sebenar Mohd Ali Ismail, 52, berkata dia reda dengan apa yang berlaku dan kemalangan itu menjadi asbab untuk dia berehat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

"Saya ni memang tak boleh duduk diam... ingatkan sepanjang PKP ini nak mengemas sekitar kawasan rumah tapi nampaknya kena berehat sepenuhnya.

ARTIKEL BERKAITAN: XPDC Berdakwah Di Eropah

"Biasalah tinggal di rumah kawasan kampung, kerja memang banyak tapi dah takdir jadi begini pula, tak apalah Allah bagi rehat dulu.

"Sekarang duduk berkurung dalam rumah sajalah, cuma dua hari sekali saya akan ke klinik berdekatan untuk cuci luka," katanya kepada mStar.

Ali reda dengan ujian ini dan menganggap ada hikmah di sebalik kejadian.

Pada 23 Mac lalu, Ali melecur 30 peratus di tangan kanan, muka dan pergelangan kaki akibat disambar api ketika membakar sampah di kediamannya di Kampung Rantau Panjang, Klang, Selangor.

Kemalangan kecil itu menyebabkan dia terpaksa dikejarkan ke hospital dan ditahan di wad selama sehari.

Sampai sekarang masih rasa lagi sakit dan pedih... InsyaAllah kalau ikut rawatan dalam masa dua minggu lagi doktor kata boleh pulih.

ALI XPDC

PENYANYI

Sementara itu, Ali menafikan dakwaan kononnya hand sanitizer atau cecair pembasmi kuman menjadi punca api menyambar anggota tubuhnya.

"Ia bukan sebab sanitizer, tak ada kaitan langsung. Puncanya saya bakar sampah guna petrol, tiba-tiba berlaku letupan dan api menyambar anggota badan.

"Sampai sekarang masih rasa lagi sakit dan pedih... InsyaAllah kalau ikut rawatan dalam masa dua minggu lagi doktor kata boleh pulih," ujarnya.

Penderitaan Ali mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sementa, Dr Daroyah Alwi yang hadir menyerahkan bantuan.

Dalam pada itu, Ali turut berterima kasih kepada pihak yang membantu dan menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban ditanggungnya itu.

Tambah Ali, sumbangan tersebut sedikit sebanyak dapat digunakan untuk membayar kos rawatan.

"Alhamdulillah, ada kawan-kawan yang bantu. Wang sumbangan itu boleh digunakan untuk bayar kos rawatan di klinik, sekali pergi cuci luka kena bayar lebih RM100!

"Kalau nak pergi hospital agak jauh dan memandangkan sekarang ini tengah tempoh PKP adalah lebih baik kita kurangkan risiko dan terpaksalah pergi klinik swasta yang paling hampir dengan rumah.

"Terima kasih banyak-banyak kepada mereka yang membantu memberikan sumbangan. Saya juga mohon orang ramai dapat mendoakan supaya saya cepat sembuh seperti sedia kala," katanya.

Ali XPDC

Artikel Berkaitan

Klik

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Artikel Lain