suria

Amar Baharin tak layak terima BPN - “Tak lulus sebab pendapatan melebihi kelayakan, jadi yang lebih itu kami sumbangkan untuk frontliners”

Amar dan Amyra tidak layak terima Bantuan Prihatin Nasional.

PELAKON Amar Baharin berkongsi keputusan semakan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang dimohonnya tidak berjaya berikutan pendapatan isi dalam rumah melebihi kelayakan.

Menyedari dirinya berkemampuan, Amar, 35, memilih untuk berkongsi rezekinya dengan menyalurkan bantuan kepada petugas barisan hadapan (frontliners).

ARTIKEL BERKAITAN: “B40 terlebih dahulu terima bantuan, seterusnya M40” – Bayaran fasa pertama BPN mulai 6 April

Menurut suami kepada pelakon Amyra Rosli ini, dia berharap sumbangannya itu dapat meringankan beban fronliners yang sanggup berkorban dan berjuang demi memerangi wabak Covid-19.

Amar berkongsi keputusan semakan BPN di Instagramnya.

"Dah check dah. Tak lulus pun. Sebab pendapatan pemohon atau pasangan melebihi kelayakan. Jadi yang lebih tu la kami sumbangkan sedikit untuk #frontliners Malaysia.

"Dengan harapan sedikit buah tangan kami ni dapat meringankan beban hero-hero Malaysia yang berjuang 24/7 . Terima kasih barisan hadapan kami yang berkorban untuk perang ini.

"Cepat kita putuskan rantaian ni, cepat kita dapat keluar mencari rezeki. Itu doa kami untuk semua," katanya.

Terima kasih barisan hadapan kami yang berkorban untuk perang ini.

AMAR BAHARIN

PELAKON

Pelakon drama Cemburu Seorang Perempuan itu mendedahkan keputusan semakan tersebut di laman Instagramnya dan mendapat perhatian netizen.

Rata-rata netizen memuji sikap Amar dan Amyra yang sentiasa merendah diri dan mereka turut mendoakan agar pasangan itu dimurahkan rezeki.

"Sentiasa merendah diri. Korang saja artis yang paling sempoi... Kontroversi pun tak ada, tak ada buat hal. Salah satu sifat yang patut dicontohi.

"Terima kasih. Memberi semula pada masyarakat yang perlu. Semoga rezeki kalian sekeluarga terus terbuka seluasnya dan sentiasa dipermudahkan urusan.

Netizen mendoakan agar Amar sekeluarga dimurahkan rezeki.

"@aamyrarosli @amarbaharin sama la kita bagi pada yang lebih memerlukan dan lebih susah daripada kita. Bersyukur dengan nikmat dan rezeki Allah pada kita," komen beberapa netizen.

Seluruh rakyat Malaysia termasuklah golongan selebriti atau anak seni layak untuk memohon inisiatif yang diumumkan kerajaan iaitu Bantuan Prihatin Nasional bermula Rabu.

Pembayaran fasa pertama BPN akan tertumpu kepada golongan B40 berikutan kesusahan yang dialami khususnya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa sejak 18 Mac lalu akibat penularan Covid-19.

Artikel Berkaitan

Artikel Lain