“Saya nak fokus perbaiki mana yang lopong dalam hidup saya” - PU Abu hulur bantuan makanan kepada 'frontliners'

PU Abu memberi bekalan makanan kepada fronliners yang memerlukan.

MASALAH rumah tangga yang sedang dihadapi tidak menghalang Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan menghulurkan bantuan kepada petugas barisan hadapan (frontliners).

Menurut PU Abu atau nama sebenarnya Mohd Abu Sufyan Mokhtar Rozaidi, dia memberi bantuan dari segi bekalan makanan secara peribadi kepada frontliners yang memerlukan di kawasan berdekatan kediamannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hana Azraa bukan lagi isteri PU Abu - “Berhenti tanya soal hubungan Abu dengan wanita lain”

"Bantuan yang saya berikan itu, saya buat secara berseorangan tapi ada juga orang ramai yang turut membantu. Buat masa sekarang, saya hulurkan bantuan dari segi bekalan makanan untuk para fronliners.


Hana dedah hubungan dia bukan lagi isteri kepada PU Abu.

"Untuk anggota polis dan tentera yang bertugas di kawasan berdekatan serta petugas kesihatan di hospital yang memerlukan.

"Insya-Allah, dalam seminggu itu ada beberapa kali juga saya akan hantar bekalan makanan kepada mereka," kata PU Abu ketika dihubungi mStar.

Tambahnya, tindakan dia berbuat amal adalah untuk memperbaiki kesilapan yang pernah dilakukan pada masa lalu.

"Sekarang saya nak fokus untuk memperbaiki mana yang lopong dalam hidup saya. Doakan saya ya" ujarnya.

Pada Sabtu, usahawan kosmetik Hana Azraa menegaskan hubungan dia dan Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan kini bukan lagi pasangan suami isteri.

Hana dan PU Abu mendirikan rumah tangga pada Mei tahun lalu dan mereka dikurniakan cahaya mata bernama Muhammad Uwais Al-Mateen pada 1 Februari.

Bagaimanapun, Abu enggan mengulas mengenai keruntuhan rumah tangganya itu.

Sebelum itu, PU Abu pernah mendirikan rumah tangga bersama Ain 'Afini namun hubungan mereka terlerai pada 16 Mei 2019 apabila jatuhnya talak antara mereka.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Muhammad Adam Aysar yang kini berusia 10 bulan.

Kita yang duduk rumah ni kalau ada rezeki lebih bolehlah diberikan kepada mereka yang memerlukan.

PU ABU SUFYAN

PENCETUS UMMAH

Dalam pada itu, menerusi Instagram PU Abu ada meluahkan rasa syukur berkesempatan berkongsi rezeki kepada pihak yang terlibat menjadi barisan hadapan bagi memerangi penularan wabak Covid-19.

Menerusi kapsyen tersebut, pendakwah bebas itu memberitahu dia melihat wajah petugas kelihatan penat namun masih teruskan perjuangan demi memastikan negara bebas daripada wabak tersebut.

"Alhamdulillah sempena hari Jumaat yang mulia ni berkesempatan memberikan sedekah makanan kepada pihak yang terlibat dalam menjadi #frontliners yangberjuang dalam menghadapi #Covid19.

PU Abu mengajak golongan berkemampuan untuk turut menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.

"Mereka sangat menghargai walaupun hanya ada nasi dan lauk yang boleh mereka boleh jadikan santapan ketika berehat. Aku nampak terpancar dari raut wajah mereka kepenatan namun tetap berjuang untuk memastikan Malaysia bebas daripada wabak ini.

"Kita yang duduk rumah ni kalau ada rezeki lebih bolehlah diberikan kepada mereka yang memerlukan. Kita mudahkan urusan orang Allah akan mudahkan urusan kita, kita buat org rasa bahagia Allah akan berikan kebahagiaan kepada kita.

"Kalau tak mampu cukuplah mungkin kita berdoa buat mereka kerana Nabi pernah bersabda kita mendoakan kebaikan buat orang Malaikat akan mendoakan kebaikan yang lebih buat kita," tulisnya.

Artikel Berkaitan

Klik

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain