Pernah lalui detik sukar, Reza Hasbi tak harap duit bidang seni - “Saya buka warung dan ambil tempahan buat meja makan”

Reza pernah lalui detik sukar tiada tawaran berlakon dua bulan.

PENGALAMAN berdepan dengan situasi memeritkan sehingga terpaksa meminta ihsan ibu bapa pada tahun lalu membuatkan pelakon Reza Hasbi menyesuaikan diri ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Reza, 31, sebagai seorang selebriti tidak boleh hanya bergantung kepada pendapatan dari bidang seni sahaja dan perlu membuat persiapan untuk sebarang kemungkinan yang terjadi di masa akan datang.

ARTIKEL BERKAITAN: Reza Hasbi tak mampu beli susu, lampin anak, “Balik kampung pun pinjam mak, sampai rasa nak minta zakat”

"Saya pernah melalui cabaran yang lebih teruk lagi. Lebih dua bulan tak ada tawaran berlakon dan kehilangan sumber pendapatan sehingga terpaksa minta tolong ibu bapa.

Reza kini sibuk menyiapkan projek meja makan untuk warungnya.

"Sejujurnya memang ada terkesan juga dengan PKP tapi saya dah biasa. Alhamdulillah, saya belajar daripada pengalaman dan bagi saya, seorang artis kena sentiasa bersiap sedia.

"Sebab itu, saya ada buka warung makan di kampung dan mempunyai simpanan. Sebagai artis, tak boleh bergantung pada bidang seni sahaja, kena sentiasa bersiap sedia.

"Paling penting, kita kena berpijak pada bumi yang nyata dan ukur baju di badan sendiri," katanya kepada mStar.

Menerusi laporan mStar pada 31 Mei tahun lalu, Reza mendedahkan dia tidak mampu untuk membeli barangan keperluan dua orang anaknya sehingga merancang membuat permohonan bantuan di pusat zakat.

Alhamdulillah, saya belajar daripada pengalaman dan bagi saya, seorang artis kena sentiasa bersiap sedia.

REZA HASBI

PELAKON

Sepanjang minggu ini, isu bantuan khusus untuk artis menjadi topik paling hangat diperkatakan di laman sosial sehingga berlakunya perbalahan antara golongan anak seni dan netizen.

Ia berikutan kenyataan selebriti Black Hanifah, Tomok dan Shuib Sepahtu yang menyuarakan pandangan mereka mengenai golongan anak seni terutama belakang tabir dan artis veteran perlu dibantu.

Dalam pada itu, Reza memberitahu dia menganggap perlaksaaan PKP memberi ruang dan peluang untuk dia menyiapkan projek membuat meja makan untuk warungnya yang terletak di Kampung Talang Hilir, Kuala Kangsar, Perak.

Reza bersyukur dapat memberi rezeki kepada isteri dan anaknya.

Malah, pelakon drama Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis ini juga memberitahu dia ada menerima permintaan daripada banyak pihak untuk menempah meja makan daripadanya

"Sebenarnya ada hikmah juga PKP ini dilaksanakan. Saya ada masa untuk menyiapkan projek meja makan untuk warung saya. Sebelum ini, saya sibuk dengan shooting.

"Jadi, alang-alang ada PKP ini saya ada masa nak siapkan semuanya. Alhamdulillah, satu set meja sudah siap dan sekarang saya tengah buat untuk meja dua atau empat orang duduk pula.

"Saya ada terima mesej di DM daripada beberapa pihak yang nak tempah meja makan. Buat masa ini, saya nak siapkan projek saya dahulu tapi Insya-Allah akan terima tempahan pula selepas ini," ujarnya.

Artikel Berkaitan

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain