Reza Hasbi tak mampu beli susu, lampin anak, “Balik kampung pun pinjam mak, sampai rasa nak minta zakat” - Hiburan | mStar

Reza Hasbi tak mampu beli susu, lampin anak, “Balik kampung pun pinjam mak, sampai rasa nak minta zakat”

Dua bulan tiada tawaran berlakon, Reza Hasbi harap ihsan keluarga.

KURANG seminggu sahaja lagi umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri, pelakon Reza Hasbi berdepan situasi memeritkan apabila terpaksa meminta ihsan ibu bapa demi meneruskan kehidupan.

Perkara itu disebabkan Reza atau nama sebenarnya Muhamad Ridzuan Habullah, 30, lebih dua bulan tidak menerima mana-mana tawaran berlakon.

Menurut Reza, dia juga tidak mampu untuk membeli keperluan dua orang anaknya sehingga pernah merancang membuat permohonan bantuan di pusat zakat.

"Saya amat mengharapkan job besar untuk teruskan kehidupan. Sepatutnya pihak pengurusan tolong promosi artis tapi tak nampak mereka buat apa-apa pun. Dah masuk dua bulan lebih saya tiada kerja.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘No more!’ Bintang utama ‘Dia Menantu Rahsia’ antara pelakon bakal disenaraihitamkan

ARTIKEL BERKAITAN: Reza Hasbi Berang Remaja Rakam Videonya Dalam Tandas

"Sekarang ni saya duduk bersama keluarga di kampung, Kuala Kangsar, Perak dan hidup atas ihsan mak ayah, menumpang makan daripada mereka.


Reza berdepan detik memeritkan selepas lebih dua bulan tiada tawaran berlakon.

"Saya memang tiada duit langsung sampai terpaksa pinjam duit isteri untuk isi minyak. Lampin dan susu anak pun isteri saya yang keluar duit. Nak balik kampung pun pinjam dengan mak. Sampai satu tahap saya rasa nak minta bantuan pusat zakat," katanya kepada mStar.

Selain itu, pelakon drama Dia Menantu Rahsia ini meluahkan rasa kesal terhadap pihak produksi yang menguruskannya kerana menganggap menjadi punca dia tidak mendapat sebarang tawaran berlakon.

Malah, terasa seperti dianaktirikan oleh syarikat terbabit.

"Saya sangat kesal dengan apa yang berlaku. Seolah-olah tak menghargai bakat dimiliki anak seni.

"Ia membuatkan saya rasa sudah putus asa dalam industri bila jadi macam ni. Bila tengok kawan-kawan lain, job mereka back to back. Rasa seperti dipinggirkan. 

"Saya sangat mengharap pihak pengurusan dapat buat promosi untuk saya. Tak pernah saya tak dapat job langsung. Kalau sampai bulan Julai ini tiada tawaran saya terpaksa tinggalkan bidang seni," katanya.

Reza antara pelakon drama Dia Menantu Rahsia.

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, Reza turut terkilan dengan sikap sebuah produksi tempatan yang didakwa tidak melunaskan bayaran berjumlah RM5,000.

Menurut Reza, pelbagai alasan diberikan syarikat berkenaan namun sehingga hari ini tiada bayaran diterima.

"Dah lima bulan saya tunggu bayaran. Mereka asyik beri harapan akan bayar tapi sampai hari ni tiada bayaran.

"Sudah minta banyak kali sampai tak tahu nak cakap macam mana kerana sudah malu nak minta.

"Kalau anda tak dapat penuh tidak mengapa, bayar RM1,000 dulu pun saya terima," ujarnya.

Reza dan isterinya, Rosedarlila mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2015.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhamad Risqi Danial, 2 dan Muhamad Rafie Dayan, berusia dua bulan.

Reza Hasbi , A.Aida

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain