“Syukur isteri beri kepercayaan” - Harris Baba ulang-alik KL-Sabah setiap minggu - Hiburan | mStar

“Syukur isteri beri kepercayaan” - Harris Baba ulang-alik KL-Sabah setiap minggu

Harris sanggup ulang-alik demi mengembangkan karier nyanyian.

DEMI meneruskan kelangsungan sebagai anak seni, penyanyi Harris Baba sanggup berulang-alik antara Kuala Lumpur dan Sabah setiap minggu.

Menurut Harris, 28, dia tidak kisah mengorbankan masa dan tenaga asalkan karier nyanyiannya dapat berkembang dengan baik.

"Buat masa ini isteri saya menetap di Sabah, jadi agak sibuk dan sedikit penat kerana perlu berulang-alik ke Kuala Lumpur setiap minggu.

"Syukur isteri percaya kepada saya dan turut menyokong minat ini. Walaupun kena bahagi masa antara kerja dan keluarga, saya tak rasa terbeban.

"Keluarga juga buatkan saya jadi lebih teruja untuk buat comeback dan kembali mewarnai karier nyanyian," katanya kepada mStar.

Harris dan isteri sambut ulang tahun ke-3 perkahwinan mereka.

Harris ditemui semasa majlis berbuka puasa Suria FM dan pelancaran drama raya Meja Bulat Mak yang diadakan di Sheraton Hotel, Petaling Jaya pada Selasa lalu.

Penyanyi lagu Katakan ini berkahwin dengan Nik Naziha Zawawi pada Mei 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Aleena Ziya, 2, dan Muhammad Umar Baba kini berusia lapan bulan.

Setelah menyepi hampir dua tahun, Harris memberitahu dia bakal muncul dengan buah tangan terbaharu tidak lama lagi.

Harris bersama dua orang anaknya.

Bercakap mengenai sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi, Harris memberitahu dia meraikan hari raya di kampung halaman isteri di Sabah.

Ujar penyanyi berasal dari Singapura ini, dia dan keluarga menyambut Syawal dalam suasana sederhana dan tidak terlalu bermewah.

"Setiap tahun saya beraya bersama isteri dan keluarga mertua di Sabah. Lima hari di sana dan kemudian balik semula ke Kuala Lumpur.

"Seronok beraya di Sabah kerana keluarga kami besar dan ianya berbeza dengan raya di Singapura.

"Tahun ini, persiapan saya biasa-biasa sahaja, tak ada shopping sebab baju yang ada pun dah cukup, sekarang ini keutamaan untuk anak-anak," katanya.

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

Artikel Lain

Tiga lagi positif koronavirus