Faye Kusairi terharu pengorbanan adik ipar sebagai 'frontliner' bekerja 24 jam - “Dia tak mengadu tapi kami bantu naikkan semangatnya”

Faye sekeluarga cuba yang terbaik untuk menaikkan semangat adik iparnya.

TANGGUNGJAWAB besar yang dipikul petugas barisan hadapan dalam memerangi wabak Covid-19 sewajarnya diberi penghormatan.

Pelakon Faye Kusairi berkongsi kisah adik iparnya yang juga seorang doktor iaitu Dr Nur Kamalia Bujang yang tidak pernah mengadu keletihan biarpun bekerja lebih 24 jam.

ARTIKEL BERKAITAN: “Berkuranglah doktor yang boleh bekerja” - Suami Ummi Nazeera kongsi kisah rakan ‘frontliners’ dikuarantin akibat pesakit Covid-19 menipu!

Menurut Faye atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 33, orang awam perlu membantu barisan hadapan dengan mengambil langkah seperti yang disarankan kerajaan.

Faye berkongsi mengenai kakak iparnya di Instagram.

"Adik ipar saya bekerja dari pukul 7 pagi Khamis sehingga sekarang. Anda hanya boleh bayangkan keletihan frontliners tapi realitinya, mereka sendiri tak boleh nak jelaskan.

"Dia tak mengadu tapi kami sebagai keluarga akan cuba yang terbaik untuk bantu menaikkan semula semangatnya. Sebab kekuatan mental sangat diperlukan ketika ini.

"Kita juga boleh sumbang secara fizikal dengan duduk diam kat rumah sahaja. Sakit yang sikit-sikit dan tak ada kena-mengena dengan simptom Covid19 tu, rasanya boleh pegi klinik saja.

Dia tak mengadu tapi kami sebagai keluarga akan cuba yang terbaik untuk bantu menaikkan semula semangatnya.

FAYE KUSAIRI

PELAKON

"Jangan gatal datang ke hospital dan tambahkan lagi masalah petugas kesihatan di hospital. Kalau dah kecemasan sangat, barulah ke hospital terus," katanya.

Isteri kepada pengarah Azmi Hatta ini memuat naik perkongsian itu berserta video kakak iparnya yang memakai baju pelindung (PPE) di Instagram pada Jumaat.

Dalam pada itu, Faye turut menasihati orang ramai agar tidak perlu memakai face mask jika tidak bekerja di luar atau tiada simptom Covid-19 kerana petugas kesihatan lebih memerlukan kelengkapan itu.

"Lagi satu saya nak sampaikan, pakai mask jika anda bekerja atau sakit. Selain itu, fikir mengenai PPE terutama mask yang tidak mencukupi dan petugas kesihatan perlu pakai buang setiap masa.

Faye bersama suaminya, Azmi Hatta dan anak mereka.

"Dalam sehari mungkin lima helai ke atas diperlukan setiap masa untuk petugas kesihatan. Kalau kita yang sihat sibuk nak pakai mask berjalan ke pasaraya, kalau tak sihat tu, baik tak payahlah keluar rumah.

"Anda patut berada di klinik atau hospital. Jadi, setakat nak ke pasaraya pakai mask tu rasanya tak ada sepenting frontliners. Berpada-padalah. What you need alot are sanitizers," ujarnya.

Faye juga mendoakan semua barisan hadapan serta kakak iparnya dalam keadaan selamat, dipermudahkan segala urusan dan sentiasa dilindungi Allah.

Artikel Berkaitan

Klik

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain