“Berkuranglah doktor yang boleh bekerja” - Suami Ummi Nazeera kongsi kisah rakan ‘frontliners’ dikuarantin akibat pesakit Covid-19 menipu!

Dr. Amirul (kanan) yang merupakan rakan kepada suami Ummi Nazeera terpaksa dikuarantin disebabkan pesakit Covid-19 tidak bersikap jujur.

SIKAP tidak bercakap benar dan menyembunyikan maklumat penting berkaitan Covid-19 menyebabkan para petugas kesihatan terdedah jangkitan wabak itu kerana tidak bersedia dengan peralatan perlindungan diri (PPE).

Situasi itu dilalui rakan baik kepada suami pelakon Ummi Nazeera iaitu Dr Mohd Izzar Anwari.

Menurut Dr Izzar, rakannya yang dikenali sebagai Dr Amirul dan beberapa doktor di jabatan kecemasan dan wad sebuah hospital terpaksa dikuarantin akibat sikap pesakit yang tidak bertanggungjawab.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis ada simptom Covid-19 lari hospital bukan pramugari, tunjuk tanda sakit mental

Apa yang lebih menyedihkan apabila kesemua doktor tersebut terpaksa berpisah buat sementara waktu dengan keluarga masing-masing.

Perkongsian Dr. Izzar di Instagramnya.

"Beberapa minggu lalu dia terdedah kepada seorang pesakit positif Covid-19 selama tiga jam tanpa pakaian perlindungan (PPE). Kenapa dia tak pakai? Sebab pesakit tu tak beritahu semua orang dia baharu pulang dari Korea.

"Bukan sahaja Dr Amirul yang terdedah, malah doktor-doktor di jabatan kecemasan dan di wad juga terdedah tanpa perlindungan sebab pesakit tersebut tak jujur semasa ditanya oleh petugas kesihatan.

"Maka semua doktor yang terdedah tu terpaksa dikuarantin. Jadi, berkuranglah doktor yang boleh bekerja. Dan yang paling sedih, mereka terpaksa berpisah daripada keluarga," katanya.

Kalau pernah melancong, duduk dekat dengan orang Covid-19 positif atau ada gejala itu beritahu saja kat petugas kesihatan.

DR MOHD IZZAR ANWARI

Dr Izzar dan Ummi memuat naik perkongsian tersebut di laman Instagram mereka dengan memuat naik foto rakannya pada Rabu.

Rata-rata netizen meluahkan rasa marah dengan tindakan pesakit tersebut dan turut mendoakan agar barisan doktor yang terdedah itu dipermudahkan segala urusan.

Dalam pada itu, Dr Izzar meluahkan rasa syukur apabila keputusan ujian saringan rakannya itu negatif dan boleh kembali bertugas.

Dr Izzar turut menasihati semua orang supaya bercakap jujur sekiranya pernah keluar negara atau berhubung rapat dengan pesakit Covid-19 dan mempunyai simptom wabak tersebut.

Ummi bersama suami dan anak mereka.

"Tapi setelah buat ujian Covid-19, keputusan Dr Amirul adalah negatif. Alhamdulillah. Sekarang hero Malaya ini dah kembali bertugas. Tolong bercakap benar!

"Kalau pernah melancong, duduk dekat dengan orang Covid-19 positif atau ada gejala tu beritahu saja kat petugas kesihatan. Bukan suruh menipu pun, minta jujur saja!

"Tolong kami untuk bantu anda! Terima kasih kepada semua rakan seperjuangan dan frontliners. Let's win this battle. Yang lain, just stay at home. Jom doakan keselamatan dan kesihatan kita semua," ujarnya.

Artikel Berkaitan

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain