suria

Zara Zya terkejut peminat bagi hadiah wang tunai, mahu terus bawa watak perempuan kampung

Peminat suka melihat penampilan Zara bertudung menerusi drama gandingannya dengan Azlee Khairi.

GARA-GARA selalu membawa watak kampung yang baik, pelakon Zara Zya berkata dia pernah menerima hadiah berbentuk wang tunai.

Menurut Zara, 35, watak sebegitu membuatkan dirinya disayangi ramai peminta terutama daripada golongan wanita berusia.

ARTIKEL BERKAITAN: Berbalas komen 'mesra' dengan Zara Zya, status rumah tangga Azlee Khairi jadi persoalan - “Beri harapan pada saya atau peminat?”

"Alhamdulillah, saya sebenarnya bertuah sebab orang tahu saya sinonim dengan drama melayu dan watak wanita kampung yang baik dan bertudung.

Zara lebih selesa bawa watak wanita baik.

"Disebabkan itu, ramai peminat saya daripada golongan makcik-makcik sayang. Pernah ada seorang makcik ini dapat tahu saya menjalani pembedahan, dia bagi duit pada saya.

"Bukan sikit tapi banyak. Mereka sayangkan saya dan kalau dapat watak baik macam ni untuk selama-lamanya pun tak apa.

"Saya pernah dengar rakan artis yang pegang watak jahat kena baling air. Jadi, saya tak sanggup la macam itu," kata Zara kepada mStar.

Sebelum ini, Zara sudah lama menceburi bidang lakonan namun nama dan bakatnya mula menyerlah ketika membintangi drama popular Love You Mr. Arrogant pada 2013.

Saya tahu memang ada juga penonton yang dah bosan dan tanya bila saya nak watak jahat.

ZARA ZYA

PELAKON

Semenjak itu, peminat memuji penampilan Zara bertudung dalam drama tersebut sehinggakan ada segelintir mereka menganggap aktres itu sememangnya memakai hijab.

Dalam pada itu, pemilik nama Zainurul Razia Mohd Zainuddin menyedari ada segelintir penonton sudah jemu melihat watak yang sama dilakonnya.

Biarpun pelakon drama Seadannya Aku ini ada rasa bimbang dibenci namun dia tidak menolak jika suatu hari akan menerima watak lain seperti antagonis atau aksi.

"Saya tahu memang ada juga penonton yang dah bosan dan tanya bila saya nak watak jahat. Saya macam takut orang gelak atau benci apabila saya bawa watak itu.

Zara bersedia berlakon dalam filem aksi.

"Sebenarnya, peluang belum ada. Tapi sudah tentu saya sudah bersedia jika diberikan tawaran untuk memegang watak itu.

"Sebelum ini, ada penerbit pernah bertanyakan kepada saya untuk membintangi filem aksi dan mestilah saya nak untuk kerjaya lakonan tapi perlukan masa untuk latihan.

"Saya tak nak nanti bila berlakon, orang akan nampak lakonan saya tak menjad. Saya sanggup melakukan latihan tetapi beri masa sebulan," ujarnya.

Zara Zya

Artikel Lain