Naim Daniel menyesal, mohon maaf sunting foto Agong untuk lagu Covid-19 - “Saya patutnya lebih peka... ia tak akan berulang lagi”

Naim mengambil langkah memadam foto yang disunting itu selepas menerima kecaman.

TINDAKAN penyanyi Naim Daniel menyunting foto Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk teaser lagu terbaharunya bersama Ismail Izzani berjudul Covid-19 mengundang rasa kurang senang netizen.

Menerusi gambar tersebut Naim dan Ismail kelihatan berdiri di sebelah Al-Sultan Abdullah yang sedang duduk sambil memegang sekeping kertas bertulis #StayHome dan #DudukRumah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Apa yang berlaku, kita hadapi dengan tenang” - Naim Daniel anggap kontroversi sebagai teguran daripada Allah

Naim atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin, 23, menyedari kesalahannya dan tampil memohon maaf secara terbuka di laman sosial pada Selasa.

Naim membuat permohonan maaf secara terbuka.

"Hari ini saya nak bercakap fasal lagu baru saya dengan Ismail mengenai Covid-19 dan artwork cover lagu yang menggunakan photoshop Agong.

"Saya tahu ia isu yang sangat sensitif dan sepatutnya saya peka dengan perkara itu. Saya di sini ingin memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak.

"Saya minta maaf sangat atas kesalahan itu. Perkara itu tidak akan berulang lagi. Saya sepatutnya lebih peka," kata Naim menerusi video yang dimuat naik di Instagram.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Sumpah itu telah mengambil langkah memadam perkongsian tersebut sejurus menerima kritikan netizen.

Naim mengakui kesilapannya dan berjanji perkara itu tidak akan diulangi.

Menerusi ruang komen video permohonan maafnya, rata-rata netizen turut berharap Naim tidak mengulangi kesilapan itu.

Lagu Naim dan Ismail itu penuh dengan nasihat kepada orang ramai agar mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dan sentiasa kekal berada di rumah untuk menangani krisis Covid-19.

Apa yang menarik perhatian apabila lagu tersebut turut menyelitkan sedutan 'nasihat' daripada pengacara Azwan Ali yang viral di media sosial baru-baru ini.

Video klip lagu tersebut yang dimuat naik pada Ahad lalu kini sudah mencecah 38,000 tontonan di saluran YouTube.

Artikel Berkaitan

Klik

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Artikel Lain