suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hikmah ‘stay at home’ Ernie Zakri kini berhijab - “Doakan saya istiqamah!”

Ernie menyimpan hasrat untuk bertuduh sebelum tunaikan umrah.

PENYANYI Ernie Zakri mengakui sudah lama menyimpan hasrat untuk bertudung dan akhirnya mengambil keputusan untuk berhijrah pada Selasa.

Menurut Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 28, dia menyedari dirinya banyak membuat kesilapan dan kini sudah tiba masanya untuk berubah secara perlahan-lahan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Orang nampak saya cepat berisi dan pipi tembam” - Emosi Ernie Zakri terganggu, tak tahan jadi mangsa ‘body shaming’

"Ya... hari ini merupakan hari pertama saya memakai tudung. Saya berharap semua orang boleh mendoakan saya untuk istiqamah.

Ernie tunaikan umrah pada Disember tahun lalu.

"Sebenarnya perasaan nak bertudung sebelum tunaikan umrah tapi kadang-kadang biasalah manusia ada memikirkan soal komitmen kerja.

"Tetapi ada hikmah juga saya rehat daripada kerja, duduk rumah dan banyak saya fikir. Jadi, inilah masa paling tepat untuk saya buat keputusan berhijrah.

"Saya kena fikirkan diri saya juga. Kita manusia biasa, banyak buat kesilapan dan tiba masanya untuk saya berubah sedikit demi sedikit mana yang mampu," katanya kepada mStar.

Penyanyi lagu Ku Bersuara ini juga berkongsi foto penampilan pertama memakai tudung di laman Instagram miliknya pada Selasa.

Kita manusia biasa, banyak buat kesilapan dan tiba masanya untuk saya berubah sedikit demi sedikit mana yang mampu.

ERNIE ZAKRI

PENYANYI

Rata-rata netizen dan rakan selebriti turut meluahkan rasa gembira serta mendoakan agar penyanyi itu terus istiqamah dalam penghijrahannya.

Dalam pada itu, Ernie memberitahu dia berharap peminat tidak salah faham apabila menonton apa-apa program selepas ini yang memperlihatkan dirinya tanpa hijab.

"Kalau ada peminat atau penonton yang menonton saya masih free hair di mana-mana program TV, itu adalah rakaman lama sebelum saya bertudung.

"Saya bimbang orang akan keliru. Insya-Allah, selepas ini saya akan memakai pakaian bersesuaian dan mengikut syariat Islam yang sudah ditetapkan," ujarnya.

Ernie Zakri, Tudung

Artikel Lain