suria

“Orang nampak saya cepat berisi dan pipi tembam” - Emosi Ernie Zakri terganggu, tak tahan jadi mangsa ‘body shaming’

Ernie mendedahkan dia pernah menjadi mangsa body shaming di Instagram.

PENYANYI Ernie Zakri berkata dia pernah menjadi mangsa body shaming di Instagram dan kritikan negatif itu juga sedikit sebanyak menganggu emosinya.

Menurut Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 28, dia sendiri mempunyai perasaan kurang yakin dengan saiz fizikalnya yang bertubuh kecil.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya sangka job ini kacang saja” - Ernie Zakri rasa tertipu, menyesal terima tawaran berlakon

"Saya pernah menjadi mangsa body shaming. Mungkin disebabkan ketinggian saya menyebabkan orang nampak saya cepat berisi dan pipi tembam.

Ernie memuat naik status mengatakan dia perlu menurunkan berat badannya kepada 43 kilogram.

"Mengkritik fizikal orang adalah sesuatu yang tidak baik. Mereka fikir benda itu sekadar gurau tapi kita tak tahu perasaan orang itu macam mana.

"Walaupun orang kata saya bertubuh kecil tapi saya sendiri kurang yakin dengan badan saya dan sedikit sebanyak ia menganggu emosi... tapi tidak sampai down yang teruk," katanya kepada mStar.

Ernie ada memuat naik status di Twitter mengatakan berat badannya meningkat gara-gara gemar makan nasi dan dia meletakkan sasaran untuk mendapatkan berat 43 kilogram.

Sebelum ini juga, Ernie ada meluahkan rasa kurang senang berhubung komen netizen yang kerap mengkritik saiz dan bentuk badannya.

Ernie perlu sentiasa mengawasi berat badannya.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Gundah ini menyedari dia perlu menjaga pemakanan dan sentiasa mengawasi berat badannya yang mudah naik.

"Berat badan saya tidak naik terlalu mendadak tapi sebab saya tidak berapa tinggi, jadi kena sentiasa kawal makan dan awasi berat badan.

"Saya sendiri teringin nak rasa sihat dan ada tubuh badan yang fit. Jadi, buat masa sekarang, saya hanya jaga pemakanan sahaja dan lakukan beberapa senaman," ujarnya.

Ernie Zakri

Artikel Lain