suria

Padam semua foto, ‘unfollow’ Mira Filzah - Peminat pelik mengapa Remy Ishak tiba-tiba ‘hilang dari radar’

Peminat menyedari Remy Ishak tidak lagi mengikuti akaun Instagram Mira Filzah.

TINDAKAN pelakon Remy Ishak memadam semua gambar di Instagram mengundang tanda tanya dan kerisauan dalam kalangan peminatnya.

Rata-rata peminat meluahkan rasa bimbang mereka dan menunjukkan sokongan dengan mencipta tanda pagar (hashtag) iaitu #allthebestRI di Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: Remy Ishak nak simpan 'magic momen' dengan Mira Filzah, bimbang peminat muak

ARTIKEL BERKAITAN: Mira Filzah tak berasa rimas cuba ‘dijodohkan’ dengan Remy Ishak

"Hashtag ini mungkin tidak menjadi trending tapi tak apa. Itu bukan tujuan utama kita. Hashtag ini untuk menunjukkan sayang dan sokongan untuk Remy Ishak. Mana tahu apabila dia melihat hashtag #allthebestRI akan mengukir senyuman di wajahnya?

Peminat memberi sokongan selepas Remy mengambil keputusan untuk padam semua gambar di Instagram.

"Walau apa pun yang berlaku, walau apa pun masalah, ia bukan sesuatu perkara yang perlu dihujahkan. Kami ada dan rindukan awak. Akan terus menyokong lebih kuat daripada tahun sebelum ini. Jaga diri abang Remy.

"Awak tidak keseorangan. Kami ada untuk awak sebab kami sayang awak. Sentiasa sayang dan sokong awak selamanya tidak kira apa yang berlaku," tulis mereka.

Sehingga kini, pelakon drama bersiri Ombak Rindu itu masih tidak memuat naik sebarang aktiviti di laman sosialnya.

Dalam pada itu ketika peminat tertanya-tanya mengenai keadaan Remy, ada juga antara mereka yang menyedari bahawa aktor itu tidak lagi mengikuti akaun Instagram pelakon Mira Filzah.

Remy Ishak sudah membuat keputusan dengan memadam semua gambar di Instagram dan berhenti mengikuti Mira Filzah.

PEMINAT REMY ISHAK

"Remy Ishak sudah membuat keputusan dengan memadam semua gambar di Instagram dan berhenti mengikuti Mira Filzah. Apa saja yang berlaku, saya sentiasa berada di sisi awak," kata pemilik akaun @Khaless10448695.

Sementara itu menerusi pemeriksaan mStar, Mira Filzah masih lagi mengikuti akaun Instagram Remy, namun tidak sebaliknya.

Sebelum ini Remy dan Mira pernah digosipkan bercinta apabila menghadiri malam Festival Filem Malaysia (FFM) tahun lalu dengan berpakaian sedondon.

Remy memadam semua gambarnya di Instagram.

Bagaimanapun kedua mereka menafikan ada hubungan istimewa dan menjelaskan persalinan sedondon itu bukan dirancang tetapi ia secara tidak sengaja.

Malah Mira dan Remy juga ada memberitahu mereka enggan lagi terlalu kerap digandingkan bersama kerana bimbang peminat mula berasa muak.

Gandingan Remy dan Mira mendapat sambutan hangat sejak terlibat dalam drama Pujaan Hati Kanda yang ditayangkan pada Disember 2018 sehingga Januari tahun lalu.

Selain drama itu, mereka juga pernah digandingkan menerusi drama Lelaki Kiriman Tuhan.

Remy Ishak, Mira Filzah

Artikel Lain