suria

“Setiap hari aku dihina dan diherdik, terima kasih hadiahkan aku sebuah doa jahanam” - Lima bulan Syafie Naswip hidup merana selepas putus tunang

Syafie kini bangkit dengan semangat baharu.

MEMASUKI tahun baharu 2020, pelakon Syafie Naswip akhirnya berkongsi mengenai penderitaan yang terpaksa ditanggung selama lima bulan sejak kontroversi putus tunang dengan aktres Aishah Azman menjadi perhatian umum.

Namun menurut Syafie, 27, biarpun kehidupannya terganggu dengan kecaman namun kini dia bersedia untuk bangkit semula bersama semangat baharu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kenapa Aishah Azman menumpang rumah Syafie Naswip? Ini cerita ‘dalam kain’ sebelum putus tunang

"2019 adalah tahun antara hidup dan mati. Dihina dan diherdik oleh khalayak merupakan perkara yang aku perlu lalui setiap hari selama lima bulan.

Syafie dedah terpaksa lalui kecaman selama lima bulan.

"Ia bukan perkara mudah. Setiap langkah dan senyuman aku seperti tiada nilai di mata manusia. Mulut dan kata-kata manusia boleh buatkan hidup manusia lain merana.

"Tetapi mereka silap, mereka boleh berkata apa sahaja tentang aku dan keluarga, tetapi semangat yang Tuhan pinjamkan pada aku lebih kuat daripada itu," kata Syafie.

Pelakon drama4 Penjuru ini memuat naik luahan tersebut di laman Instagram sempena menyambut tahun 2020.

Sebelum ini, Syafie dan Aishah mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis yang diadakan di Forest Valley Hall, Cheras pada 7 April 2019.

Aku akan buktikan aku boleh berjaya dengan berbekalkan kata-kata kesat kalian.

SYAFIE NASWIP

PELAKON

Bagaimanapun, mereka mengesahkan ikatan pertunangan yang dibina hanya bertahan selama tiga bulan sebelum terlerai pada 21 Julai tahun lalu.

Kisah itu antara yang mendapat perhatian ramai apabila aktor filem Songlap berkenaan turut ditahan polis bagi membantu siasatan kes ugutan dan dakwaan menyebabkan kecederaan terhadap bekas tunangnya itu.

Dalam pada itu, Syafie memberitahu dia akan membuktikan kepada semua orang bahawa dirinya mampu untuk mencapai kejayaan.

Kisah pertunangan Syafie dan Aishah berakhir menjadi perhatian netizen pada Julai tahun lalu.

Malah, Syafie menganggap kata-kata hinaan yang dilemparkan segelintir pihak kepadanya sebagai hadiah untuk menjadikan dia manusia yang lebih baik.

"Aku akan buktikan aku boleh berjaya dengan berbekalkan kata-kata kesat kalian.

"Terima kasih menghadiahkan aku sebuah doa jahanam untuk menjadi manusia yang lebih baik dalam hidup," ujarnya.

Syafie Naswip, Aishah Azman

Artikel Lain