suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Video muzik penuh komen lucah, Wafariena tak patah semangat - “Kritikan seperti itu tidak akan jadi penghalang untuk saya!”

Selain nyanyian Wafariena juga mahu aktif dalam bidang lakonan.

PENYANYI Wafariena Roslan memberitahu dia tidak kisah dengan kecaman dan kritikan berbaur lucah di ruang komen video muzik terbaharunya, Carilah Aku di YouTube.

Menurut Wafaiena, 24, dia mengambil segala kecaman tersebut secara positif memandangkan ia adalah asam garam dalam dunia hiburan.

"Saya sentiasa terbuka menerima kritikan, dalam masa sama saya akan cuba perbetulkan mana yang tak kena.

"Namun sejujurnya komen-komen seperti itu tidak akan jadi penghalang untuk saya terus bergiat aktif dalam industri seni.

Antara komen negatif yang dilemparkan kepada Wafariena.

"Apa-apa pun saya berharap sangat single pertama ini mendapat sambutan yang baik," katanya kepada mStar.

Wafariena diminta mengulas mengenai komen berunsur lucah di video muzik Carilah Aku yang dilancarkan pada 22 November lalu.

Dalam pada itu, pendatang baharu ini mengakui turut meminati bidang lakonan.

Saya sentiasa terbuka menerima kritikan, dalam masa sama saya akan cuba perbetulkan mana yang tak kena

WAFARIENA ROSLAN

PENYANYI

Bercerita mengenai bakat lakonan, Wafariena berkata dia teruja apabila berpeluang berlakon di dalam sebuah telefilem seram berjudul Kisah Seram Hostel.

"Susah juga nak jayakan watak dalam telefilem ini kerana ia memerlukan saya menangis.

"Jadi bagi tahun 2020, saya mengharapkan lebih banyak tawaran lakonan supaya saya dapat mencuba pelbagai watak hingga menjadi artis serba boleh," katanya.

wafariena, kecaman netizen

Artikel Lain