suria

DJ Lin langgar orang sampai mati? - “Hidup tak selamat kalau bohong, nak duit orang dengan menipu itu kerja malas!”

DJ Lin nyaris menjadi mangsa penipuan scammer.

PENYAMPAI radio Suria FM iaitu DJ Lin berang apabila sambutan hari lahirnya diganggu dengan panggilan telefon daripada wanita yang menyamar sebagai anggota polis.

Menurut DJ Lin atau nama sebenarnya Rosalinda Abdul Majid, 43, wanita berkenaan memaklumkan kononnya dia melakukan kesalahan lalu lintas selain menyebabkan kematian orang awam.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tahun depan aku dah azam... bodoh lama takkan dibawa ke tahun hadapan” - Wang simpanan Azhan Rani lesap terpedaya Macau Scam

Susulan daripada itu, dia meminta orang ramai berwaspada supaya tidak mudah tertipu dengan taktik berkenaan.

DJ Lin berang sambutan hari lahirnya diganggu wanita yang menyamar sebagai inspektor polis.

"Tengah seronok sambut hari lahir, saya dapat panggilan telefon daripada perempuan Melayu #scammer mengaku dia inspektor polis.

"Dia beritahu saya langgar lampu isyarat dan langgar orang sampai mati. Apa punya orang! Dik! Kalau nak cari duit, nak hidup, biarlah dengan cara yang halal dan betul!

"Hidup tak selamat kalau bohong, nak duit orang dengan menipu itu kerja malas! Duduk la takuk tu sampai bila-bila.

Semoga dijauhkan anak dan cucu DJ Lin dengan orang-orang macam ini.

DJ LIN

PENYAMPAI RADIO

"Semoga dijauhkan anak dan cucu DJ Lin dengan orang-orang macam ini. Hati-hati ya semua jangan sampai tertipu. #Nakduitorangcaramudah," katanya.

DJ Lin turut memuat naik paparan skrin nombor telefon individu tersebut di laman Instagram dan Twitter miliknya pada Selasa.

Menerusi ruang komen, seorang netizen berpendapat isu tersebut boleh dijadikan sebagai topik untuk dibicarakan di Suria FM memandangkan ramai orang menjadi mangsa penipuan.

DJ Lin menasihati peminatnya supaya jangan mudah tertipu dengan taktik kotor scammer.

Sebelum ini, pelakon Azhan Rani pernah melalui pengalaman yang sama apabila dia nyaris menjadi mangsa penipuan Macau Scam selepas menerima satu mesej daripada nombor tidak dikenali.

Menerusi paparan skrin yang dimuat naik, pelakon drama Nur itu dikatakan ada menempah bilik daripada aplikasi tempahan hotel terkenal.

Bagaimanapun, Azhan atau nama sebenarnya Azhan Abdul Rani, 43, berkata dia tidak melakukan sebarang transaksi apatah lagi menerusi akaun bank yang dinyatakan pada mesej berkenaan. 

DJ Lin, Suria FM

Artikel Berkaitan

Artikel Lain