suria

Almy Nadia hamil lagi! Kali ini Fizz Fairuz idam timang anak lelaki - “Makin ramai anak, makin banyak rezeki saya”

Fizz meluahkan rasa gembira isterinya kini sedang hamil.

SEMPENA penutup 2019, pelakon Datuk Fizz Fairuz meluahkan rasa gembira apabila isterinya iaitu Datin Almy Nadia disahkan sedang hamil sembilan minggu.

Menurut Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 39, dia menganggap kegembiraan itu merupakan rezeki daripada Allah yang perlu dikongsi kepada umum.

ARTIKEL BERKAITAN: Sudah 20 tahun jadi pelakon, Fizz Fairuz terkilan sering dapat skrip dan heroin tak sesuai

"Alhamdulillah, saya bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan. Kandungan isteri saya kini sudah kira-kira sembilan minggu.

Fizz berkongsi berita gembira di Instagramnya.

"Kalau boleh saya tak nak kongsi lagi tapi apabila difikirkan semula, ini adalah rezeki Allah dan saya perlu kongsi kegembiraan ini," katanya kepada mStar.

Pelakon drama Kamar Kamariah itu memuat naik foto imej imbasan kandungan Almy di laman Instagram pada Selasa.

Rata-rata peminat dan rakan selebriti memenuhi ruang komen di foto tersebut dengan ucapan tahniah.

Dalam pada itu biarpun Fizz tidak kisah mengenai jantina namun dia ada meletakkan harapan berharap untuk dikurniakan cahaya mata lelaki.

Kalau ikutkan hati memang saya mengharapkan anak lelaki tapi tak kisah lelaki atau perempuan, saya reda.

FIZZ FAIRUZ

PELAKON

Tambah Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian Anugerah Skrin 2019 (ASK2019) ini, dia sememangnya mengimpikan mempunyai keluarga yang besar.

"Kalau ikutkan hati memang saya mengharapkan anak lelaki tapi tak kisah lelaki atau perempuan, saya reda.

"Rezeki ini Allah berikan, jadi saya kena terima seadanya. Apa-apa pun, saya memang nak ada anak yang ramai.

Fizz bersama isteri dan anak-anaknya.

"Sebab kalau kita jumpa orang, mereka tak tanya berapa jumlah duit dalam akaun bank tapi akan tanya berapa orang anak.

"Bagi saya, semakin ramai anak, semakin banyaklah rezeki saya," ujarnya.

Fizz dan Almy atau nama sebenarnya Ungku Almy Nadia Ungku Aminuddin Shah mendirikan rumah tangga pada 2014.

Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata perempuan Nur Afrina Arianna, 4, Nur Afrina Aurora, 3, Nur Afrina Ayra yang kini berusia setahun dan seorang anak angkat Nur Afrina Darwisyah, 10. 

Fizz Fairuz, Almy Nadia

Artikel Lain