suria

“Tahun depan aku dah azam... bodoh lama takkan dibawa ke tahun hadapan” - Wang simpanan Azhan Rani lesap terpedaya Macau Scam

Azhan Rani pernah menjadi mangsa penipuan Macau Scam.

PELAKON Azhan Rani mendedahkan dia nyaris menjadi mangsa penipuan Macau Scam selepas menerima sebuah mesej dari nombor tidak dikenali baru-baru ini.

Menerusi paparan skrin yang dimuat naik, pelakon drama Nur itu dikatakan ada menempah bilik daripada aplikasi tempahan hotel terkenal.

ARTIKEL BERKAITAN: Azhan Rani jual bantal? Netizen kata; “Mentang-mentang Ustaz Hamadi tengah up”

ARTIKEL BERKAITAN: “Sibuk marah orang tak takut Tuhan, tapi gigih buat cerita hantu ajak orang takut syaitan” - Azhan Rani pertahan telefilem songsang

Bagaimanapun, menurut Azhan atau nama sebenarnya Azhan Abdul Rani, 43, dia tidak melakukan sebarang transaksi apatah lagi menerusi akaun bank yang dinyatakan pada mesej berkenaan.

Azhan menerima mesej dari individu yang tidak dikenali mengenai tempahan bilik hotel.

"Haa... ni nak bagitahu contoh Macau Scam buat kerja. Ni aku baru dapat mesej tadi, mereka akan bagi satu mesej macam ni. Aku tak ada pun akaun Affin Bank dan aku tak ada buat mana-mana tempahan dekat Trivago pun.

"Trick mereka akan harapkan kau marah dan sudah tentu kau akan call number yang warna biru tu. Bila kau call mereka akan buat-buat macam ada orang guna nama kau dan minta segala maklumat.

"Maka dekat situ mereka akan sedut semua duit dalam akaun kau," tulisnya.

Azhan berkongsi mengenai kisahnya itu menerusi entri yang dimuat naik ke laman Instagram miliknya pada Selasa.

Dalam pada itu, Azhan turut mendedahkan pernah kehilangan sejumlah wang simpanan selepas menerima sebuah mesej daripada pihak tertentu.

Tahun lepas aku kena macam ni juga kononnya ada pembelian dari akaun kad kredit CIMB yang aku tak pernah ada.

AZHAN RANI

PELAKON

Menurut Azhan, dia terpedaya dengan mesej kononnya dari pihak bank berhubung pembelian secara kad kredit meskipun tidak pernah memiliki akaun dari bank berkenaan.

"Tahun lepas aku kena macam ni juga kononnya ada pembelian dari akaun kad kredit CIMB yang aku tak pernah ada.

"Tapi masa tu aku bodoh hilang semua duit kerja siang malam aku dekat malaun semua ni. Buat report berjam-jam sampai dua balai polis aku pergi.

"Last report sampai enam helai sudahnya setakat legakan hati aku je. Duit kau takkan dapat balik. Tahun depan aku dah azam... bodoh lama takkan dibawa ke tahun hadapan. Moga perkongsian ini dapat jadi peringatan bersama," tulisnya lagi.

Azhan Rani, Macau Scam

Artikel Berkaitan

Artikel Lain