Hairi Safwan tak malu pakai motor biasa, tiada kereta mewah - “Saya pilih kaya daripada popular!” - Hiburan | mStar

Hairi Safwan tak malu pakai motor biasa, tiada kereta mewah - “Saya pilih kaya daripada popular!”

Hairi tak malu menjalani kehidupan sederhana walaupun sudah bergelar jutawan.

MESKIPUN sudah bergelar seorang jutawan, pelakon filem Busut Bonang, Hairi Safwan berkata dia masih mengamalkan sikap berjimat dalam berbelanja.

Menurut Hairi atau nama sebenar, Mohd. Hairi Safwan Aznan, 31, dia tidak malu menjalani kehidupan secara sederhana dan wang hasil perniagaannya itu disimpan untuk kegunaan anak-anak kelak.

"Alhamdulillah setelah lima tahun berkecimpung dalam perniagaan, akhirnya jualan produk kami mencapai sasaran... bolehlah nak kata bergelar jutawan!

ARTIKEL BERKAITAN: Hairi Safwan Sah Jadi Suami Dengan Sekali Lafaz

"Tapi kehidupan masih macam biasa, sebabnya sekarang ini apa yang saya lakukan adalah untuk anak-anak, mereka jadi keutamaan.

"Ia memperingatkan saya untuk jangan boros dan sentiasa berjimat... saya tetap pakai motosikal biasa, tak perlu kereta mewah atau sebagainya cuma isteri ada rancangan nak beli dua buah rumah tahun depan," katanya kepada mStar.

Hairi memilih untuk berjimat dan mengutamakan keluarga.

Juara program realiti Anak Wayang ini ditemui semasa pelancaran produk TKO Nutrition yang diadakan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Hairi berkata dia masih lagi bergiat aktif dalam bidang seni dan tidak akan meninggalkan kerjaya sebagai pelakon.

"Saya dan rakan mengusahakan bisnes produk makanan tambahan sejak 2014, mula-mula tu memang agak perlahan tapi lama-lama bisnes semakin berkembang.

Hairi (tengah) bersama rakan artis Zul Huzaimy (kiri) dan rakan kongsi, Izzahim Hamid (kanan) di pelancaran produk kesihatan TKO Nutrition baru-baru ini.

"Siapa yang tak mahu berehat kalau ada duit kan? tapi bagi saya berlakon tetap berlakon kerana ia merupakan hobi saya.

"Cuma, kalau tanya saya nak popular ke kaya. Lebih baik saya pilih kaya daripada jadi popular," ujarnya.

Bercakap mengenai karier lakonan, Hairi berkata dia baru selesai mempromosi tayangan filem terbaharunya berjudul Busut Bonang.

Hairi (tengah) teruskan kerjaya sebagai pelakon dan tidak akan meninggalkan bidang seni.

Dalam masa sama, dia turut menyatakan hasrat untuk menerbitkan filem sendiri namun masih dalam perancangan kerana perlu mengambil kira beberapa faktor lain.

"Lakonan terbaharu saya dalam filem Busut Bonang, Alhamdulillah sambutan baik dari penonton dan masih lagi ditayangkan di pawagam Malaysia.

"Sebenarnya saya ada perancangan dengan rakan kongsi bisnes untuk buat filem tapi ada beberapa perkara perlu diteliti memandangkan ia bukan benda main-main dan memerlukan kos yang banyak," katanya.

Hairi Safwan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain

Tiga lagi positif koronavirus