suria

Diam-diam ‘perut berisi’, Izara Aishah buka rahsia sedang hamil enam bulan

Izara kongsi berita gembira mengenai kehamilannya yang kini sudah mencecah enam bulan.

SELEPAS dua tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Izara Aishah berkongsi berita gembira mengenai kehamilannya yang kini memasuki usia enam bulan.

Menerusi laporan Berita Harian, Izara, 27, dan suaminya Adib Khalid sememangnya meletakkan sasaran untuk mendapatkan cahaya mata pada 2020.

ARTIKEL BERKAITAN: “Shooting di Malaysia ni kau meninggal baru mereka hentikan penggambaran” - Izara Aishah dipaksa berlakon biarpun muka lebam

"Sejak mendirikan rumah tangga, saya dan suami memang merancang untuk mendapatkan zuriat pada 2020 kerana masing-masing sibuk bekerja.

Izara dan Adib memang rancang untuk dapatkan anak pada 2020.

"Selain itu, kami juga mahu menikmati masa bersama terlebih dahulu. Alhamdulillah, Allah memakbulkan doa saya dan suami," katanya.

Izara dan anak tiri kepada penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza itu berkahwin pada 17 November 2017.

Tambah Izara, dia dan suaminya sebelum ini bimbang untuk berkongsi kepada umum mengenai perancangan mereka dalam soal zuriat biarpun ada pihak yang menuduh mereka berhadapan masalah kehamilan.

Kami hanya amin kan saja doa mereka walaupun pada masa yang sama, ada segelintir pihak di luar sana yang menuduh saya mandul.

IZARA AISHAH

PELAKON

"Sebelum ini, apabila ada yang bertanya soal zuriat, masing-masing tak berani untuk mengatakan kami ada perancangan sendiri.

"Kami hanya amin kan saja doa mereka walaupun pada masa yang sama, ada segelintir pihak di luar sana yang menuduh saya mandul.

"Seperti yang diketahui ramai, saya bukannya suka berkongsi hal peribadi secara terbuka. Berita kehamilan ini pun saya simpan selama enam bulan sebelum sedia untuk dikongsi," ujarnya.

Izara tidak mengalami sebarang alahan.

Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Ombak Rindu ini memberitahu dia tidak mengalami sebarang alahan dan kandungannya pun dalam keadaan baik.

"Saya langsung tiada alahan dan Alhamdulillah, bayi dalam kandungan juga sihat. Saya sendiri masih memenuhi pelbagai undangan.

"Semoga proses kelahiran anak kami nanti juga akan dipermudahkan," kata Izara.

Artikel Lain