“Shooting di Malaysia ni kau meninggal baru mereka hentikan penggambaran” - Izara Aishah dipaksa berlakon biarpun muka lebam

Izara mengalami kecederaan sewaktu menjalani penggambaran drama Ombak Rindu.

PELAKON Izara Aishah mendedahkan dia terpaksa meneruskan penggambaran meskipun mengalami kecederaan yang agak teruk pada bahagian muka.

Menurut Izara atau nama sebenarnya Nik Izara Aishah Nik Izazurin, 27, dia berdepan pengalaman buruk itu ketika menjalani penggambaran drama Ombak Rindu yang disiarkan menerusi platform iflix.

ARTIKEL BERKAITAN: Izara Aishah Menangis Habis Air Mata

ARTIKEL BERKAITAN: Izara Aishah jadi ‘matchmaker’, Farah Nabilah bakal berkahwin dengan juruterbang 20 Disember depan

Izara berkata, pihak produksi terpaksa menutup kesan lebam pada wajahnya itu dengan solekan sehingga kelihatan pelik.

Selain lebam pada mata, Izara juga pernah mengalami kecederaan yang membuatkan gigi hadapan sumpik.

"Ketika melakonkan babak dalam Ombak Rindu, sesuatu telah terjadi kepada saya.

"Ada scene dalam tu lebam saya lebam betul, bukan make up. Sebab tu wajah saya nampak pelik ketika itu. Mereka cuba untuk cover dengan make up.

"Shooting dekat Malaysia ni kau meninggal baru mereka nak hentikan penggambaran. Kalau tak kau kena teruskan juga," ujarnya.

Izara berkongsi mengenai perkara itu menerusi laman Twitter miliknya pada Khamis.

Selain itu, Izara turut memuat naik beberapa foto memperlihatkan dia mengalami lebam pada bahagian mata selain sumpik gigi hadapan.

Ada scene dalam tu lebam saya lebam betul, bukan make up. Sebab tu wajah saya nampak pelik ketika itu. Mereka cuba untuk cover dengan make up.

IZARA AISHAH

Pelakon

Insiden yang dikongsi Izara menarik perhatian pengikutnya di laman Twitter yang rata-ratanya terkejut dengan perkara itu.

Malah, ada juga yang tidak setuju aktres itu menerima layanan sedemikian.

"Awak terbabit dengan kemalangan ke? Ia nampak teruk.

"Apa? Macam mana perkara begini boleh terjadi? Awak dipukul betul-betulkah?

"Mereka tak patut buat begitu kepada awak," tulis netizen.

Izara Aishah, Ombak Rindu

Artikel Berkaitan

Klik

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Artikel Lain