“Maaf ya Fazley... saya tak minat artis-artis ni” - Fazley Yaakob kecewa dimalukan, rasa seperti kucing dalam sangkar - Hiburan | mStar

“Maaf ya Fazley... saya tak minat artis-artis ni” - Fazley Yaakob kecewa dimalukan, rasa seperti kucing dalam sangkar

Datuk Fazley Yaakob meluahkan rasa kecewa terhadap seorang wanita yang disifatnya sebagai biadab.

PENYANYI dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir masyarakat yang tidak menghormati privasi artis sebagai manusia biasa.

Fazley berkata, dia melalui kejadian memalukan apabila terdapat sebuah keluarga yang mengambil gambarnya dan anak-anak secara sembunyi-sembunyi sambil berteriak tentang kewujudan 'artis' kepada ahli keluarga lain.

ARTIKEL BERKAITAN: “Perjalanan 13 jam, tandas pula tutup” - Isteri Fazley Yaakob lepas 'hajat' dalam semak

ARTIKEL BERKAITAN: Fazley buat kejutan untuk ‘rider’ Grabfood - “Dia hanya nak selfie tapi saya datang bawa kek”

Bagaimanapun, Fazley berkata, dia cuba menegur keluarga berkenaan untuk mengambil gambar secara selfie selepas berasa tidak selesa dengan situasi berkenaan.

Fazley berkongsi rasa kesal melalui muat naik di Instagram.

"Saya sedang duduk di tepi pantai teman anak-anak berenang. Tiba-tiba ada satu keluarga datang depan-depan, tuding-tuding, eh artis kan dia?

"Saya senyum... lepas tu duduk sebelah saya dan anak-anak, curi-curi ambil gambar. Kemudian ada ahli keluarga dia datang jerit kuat-kuat wei ada artislah.

"Rasa macam kucing dalam sangkar. Kalau dia minta ambil gambar elok-elok mesti saya bagi atau tanya dan sapa serta beri salam, mesti saya jawab," ujarnya.

Fazley meluahkan rasa kesalnya itu menerusi sebuah posting yang dimuat naik ke laman Instagram miliknya pada Rabu.

Rasa macam kucing dalam sangkar. Kalau dia minta ambil gambar elok-elok mesti saya bagi atau tanya dan sapa serta beri salam, mesti saya jawab.

DATUK FAZLEY YAAKOB

Penyanyi

Fazley menambah, salah seorang daripada ahli keluarga berkenaan menolak untuk berselfie sebaliknya menyatakan dia tidak berminat dengan golongan selebriti.

"Masalahnya masih ada orang yang kurang 'cara' apabila bertemu orang lain. Apa nak buat ya?

"Sebenarnya saya offer nak ambil gambar dengan makcik tu. Saya cakap jomlah, saya pegangkan kamera, kita selfie. Tahu apa dia jawab?

"Maaf ya Fazley, saya tak minat artis-artis ni. Haha... luah mati mak, telan mati bapa jadinya," ujarnya lagi.

Datuk Fazley Yaakob

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain