suria

Mira Filzah tak berasa rimas cuba ‘dijodohkan’ dengan Remy Ishak

Mira Filzah dan Remy Ishak bergandingan dalam drama Pujaan Hati Kanda yang ditayangkan di TV3. Foto Instagram @mfmirafilzah & AZMAN GHANI

POPULARITI drama Pujaan Hati Kanda yang menampilkan Remy Ishak dan Mira Filzah bukan sahaja menaikkan populariti kedua-duanya malah ramai yang mahu melihat percintaan mereka dalam drama itu menjadi realiti.

Mira atau Nur Amirah Filzah Badioezaman, 26, bagaimanapun berkata, walaupun mendapat pelbagai komen sedemikian di laman sosialnya namun dia tidak berasa rimas akan keadaan itu.

Kata Mira, dia menyifatkan cakap-cakap tersebut hanya gurauan selain ia bukti gandingan mereka dalam drama itu menjadi sehingga menjadi bualan ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: “Pada ketinggian 15,000 kaki, betapa kerdilnya kita” - Mira Filzah kongsi pengalaman cuba sukan payung terjun

Mira Filzah profesional dalam soal kerja.

“Saya tak berasa rimas pun apabila ada yang mahu melihat kami benar-benar bercinta walaupun kami sekadar berlakon bersama.

“Pada saya apabila orang bercakap mengenainya ia menunjukkan gandingan kami memberi impak dan ia juga satu promosi yang baik untuk drama itu,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Mira menjelaskan hubungannya dengan Remy sekadar profesional malah hanya berkomunikasi dengan aktor itu tentang urusan melibatkan kerja sahaja.

Kata Mira, dia sentiasa meletakkan batasan dalam mengasingkan aspek profesional dan peribadi agar tidak timbul cerita kurang enak ketika penggambaran.

“Untuk melihat perkara yang diperkatakan menjadi realiti tidak... Habis kerja, habislah.

Mira dilantik sebagai duta Malaysia Parachute Association (MyPA).

“Kami berkomunikasi pun tentang hal kerja sahaja dan pada saya tidak timbul isu ‘cinta lokasi’ selagi kita tahu batasan.

“Untuk saya sangat penting untuk mengasingkan perkara itu agar tidak menimbulkan sebarang masalah selain dapat melakukan kerja dengan baik,” jelasnya.

Sementara itu, Mira berkata, dia akan kembali bergandingan dengan Remy untuk episod istimewa Pujaan Hati Kanda untuk tayangan bersempena sambutan Aidilfitri.

Selain itu, Mira berkata dia turut sibuk dengan tugasnya sebagai pengacara program Nona.

Artikel Berkaitan

Artikel Lain