suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selepas dapat kembar lelaki, Zizie Ezette timang bayi perempuan pula

Zizie selamat melahirkan bayi perempuan pada Jumaat. Foto Instagram @zizieizette

PELAKON Datin Seri Zizie Ezette selamat melahirkan anak perempuan pada pukul 12.06 tengah hari, Jumaat.

Zizie, 40, memaklumkan anak ketiga bagi kelahiran kedua itu berada dalam keadaan sihat dan dilahirkan dengan berat 3.32 kilogram.

"Terima kasih Allah, ia sangat mudah daripada pengalaman sebelum ini.

Zizie bersama dua anak kembarnya.

"Alhamdulillah, terima kasih atas doa anda semua," tulisnya di Instagram.

Zizie turut memuat naik gambarnya sedang memangku bayinya itu namun tiada butiran lanjut diberikan berhubung anaknya itu.

Pelakon itu berkahwin dengan Datuk Seri Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan pada 2009.

Zize dan suaminya, Bung Mokhtar.

Mereka turut dikurniakan anak kembar lelaki, Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izzette yang lahir pada 29 Disember 2017.

Pasangan ini turut mempunyai dua lagi anak angkat, Nayla Nurjenna, 3 dan Aaric Zayn Izette yang berusia setahun.

Zizie Ezette

Artikel Lain