suria

‘Aduh’ cinta Zamani tidak kesampaian

Zamani meluahkan perasaan apabila cintanya tidak kesampaian.

PENYANYI Zamani mempertaruhkan karya terbarunya berjudul 'Aduh', menggambarkan keluhan hati akibat cinta yang tidak kesampaian yang suatu ketika dahulu pernah dikaitkan dengan dirinya.

Zamani atau Zamani Ibrahim, 48, menjadikan lagu terbaharu ini sebagai pembuka lebaran seninya bagi tahun 2019.

Lagu berkonsepkan pop kontemporari ini merupakan hasil ciptaan Zamani bersama Faizal Tahir, Adib Hussin, Mike Chan, Romeo dan Karim Karam.

Tambahnya lagi, 'Aduh' menampilkan kelainan dengan konsep pop kontemporari sekali gus memberi nafas baharu kepada penyanyi yang sinonim dengan rentak pop balada ini.

Zamani juga menyifatkan lagu terbaharu ini sebagai hadiah istimewa buat peminat yang menyokong kariernya selama ini.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 48 tahun ini berharap single terbarunya mendapat sambutan baik daripada pendengar.

Penyanyi daripada Kumpulan Slam ini juga mencipta nama menerusi lagu 'Gerimis Mengundang','Kembali Terjalin' dan 'Tak mungkin Berpaling' yang sehingga kini menjadi kesukaan ramai.

Zamani juga pernah menyertai program Gegar Vaganza musim kelima pada tahun lalu dan meramgkul tempat ketiga dalam program tersebut.

Lagu terbitan Faithful Music dengan kerjasama Warner Music Malaysia ini boleh didapati menerusi Spotify, iTunes, KKBox, Deezer dan Apple Music bermula hari ini.

Zamani

Artikel Lain