suria

Kejutan setiap hari... Norman Hakim bakal raikan hari lahir Memey Suhaiza sebulan

Memey Suhaiza menerima kejutan daripada suami, Norman Hakim ketika menikmati makan tengah hari baru-baru ini. Foto Instagram @memeysuhaiza

ULANG tahun kelahiran aktres Memey Suhaiza bakal disambut pada 25 Mac ini namun suaminya, Norman Hakim membuat kejutan lebih awal bagi menggembirakan hati isteri kesayangannya itu.

Memey memberitahu dia mendapat kejutan pertamanya apabila Norman menghadiahkan pemanis mulut ketika mereka menikmati makan tengah hari di sebuah hotel pada Rabu lalu.

Norman yang memuat naik video kejutan itu di Instagramnya memperlihatkan Memey kelihatan terkejut apabila pelayan restoran itu tiba-tiba menghantar pemanis mulut itu ke mejanya.

Hasil perkahwinan mereka sejak 2011, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata.

Aktres Abby Abadi dan suami, Muhammad Faizal Zakaria turut berada dengan pasangan itu.

Memey berkata, walaupun terkejut namun Norman memberitahu ia adalah kejutan pertama dan akan menyambut hari jadinya sepanjang bulan ini.

"Mac adalah bulan kebahagiaan, bulan kelahiran walaupun hari jadi lambat lagi.

"Tapi suami cakap sebulan boleh sambut, jadi ini kejutan pertama tempoh hari.

Pelakon Abby Abadi  (dua dari kanan) dan suami, Muhammad Faizal Zakaria (kanan) turut bersama Norman Hakim dan Memey Suhaiza pada makan tengah hari itu.

"Tahun ini dah masuk 31 tahun, cepatnya masa berlalu. Jangan beri ucapan dulu okay, lambat lagi hehe," ujarnya.

Memey atau Suhaiza Suhaimi berkahwin dengan Norman pada 24 September 2011 dan pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 6, Muhammad Dikhriz Hakim, 4 tahun dan Mikayla Delisha Hakim, 8 bulan.

Norman juga mempunyai tiga cahaya mata lain hasil perkahwinannya dengan Abby sebelum ini iaitu Mohamed Danish Hakim, 16, Marissa Dania Hakim, 14 dan Maria Danisha Hakim, 11.

Memey Suhaiza, Norman Hakim

Artikel Lain