suria

Danny timang anak lelaki selepas 7 tahun

PENYANYI Danny X-Factor menimang cahaya mata lelaki selepas isterinya Zaidatul Norfazlin Zakaria selemat melahirkan bayi pertama mereka.

Zaidatul selamat bersalin di Hospital Putrajaya pada pukul 11.15 pagi Khamis.

Danny atau nama sebenarnya Mohd Khardanie Anwa, 39, berkongsi berita gembira itu di Instagram berkata isteri dan anaknya itu berada dalam keadaan baik.

"Alhamdulilah Syukur atas kurniaanmu Ya Allah SWT... Terima kasih kepada yang mendoakan keselamatan isteri dan anak lelaki pertama kami.

"Tepat jam 11.15 pagi Khamis lahir putera kami. Sekarang saya seorang papa, dada, ayah, daddy dan pokmu. Terima kasih," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Allah bagi rezeki apabila sudah sedia, Danny bakal timang anak selepas 7 tahun kahwin


Tahniah Danny dan isteri.

Sebelum ini, Danny berkongsi kegembiraan tentang kehamilan isterinya selepas tujuh tahun berkahwin.

Danny berkata dia tidak pernah berputus asa dan setiasa mencari jalan untuk mendapatkan zuriat.

Danny

Artikel Lain