suria

Lagu Imran Ajmain ‘Intan Dan Perak’ inspirasi filem ‘Blood Diamond’

Imran Ajmain lancar single baharu berjudul Intan Dan Perak.

PENYANYI Imran Ajmain memberitahu lagu baharunya berjudul Intan Dan Perak diinspirasikan daripada filem Hollywood berjudul Blood Diamond (2006) lakonan Leonardo DiCaprio.

Imran, 37, berkata, filem tersebut mempunyai jalan cerita menarik yang mengisahkan seorang lelaki berdepan situasi gelap dalam hubungan percintaan.

"Jalan cerita filem itu boleh digunakan dan ditafsir apabila wanita pendidikan serta pendapatan tinggi menjadikan golongan lelaki tidak mampu melakukan hal sama dan menjejaskan hubungan mereka.

"Tiada lain, dendam, amarah, kecewa, duka saling berbagi emosi berlaku dalam hubungan itu. Situasi itu juga cuba diluahkan melalui garapan lirik puitis single itu,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada mStar Online.


Imran harap lagu baharu diterima peminat.

Dalam pada itu,  Pengarah Kreatif SukaSucre Creatives ini berharap single terkininya dapat sambutan baik daripada pendengar muzik Malaysia.

Imran berkata, dia masih mengekalka. Lenggkm suara Melayu dalam melodi pop, R&B dan Hiphop itu.

Tambahnya lagi, melodi Intan dan Perak digubah oleh Rauzan Rahman serta Avex daripada komuniti HipHop Malaysia.

"Saya tidak berdepan masalah ketika merakam lagu ini kerana telah membuat persiapan sejak awal lagi termasuk menjaga vokal dan tidak terkecuali kesihatan,"

"Proses rakaman di studio tidak mencuri waktu panjang. Sebaliknya sekadar satu malam yang berhasil dirakam bersama Faiz Rosli di Nomad Studios, Petaling Jaya." ujarnya.

Lagu terbitan Avex ini boleh didapati menerusi Spotify, Joox, Apple Music pada 1 Mac depan.

Blood Diamond

Artikel Lain