suria

Cakap nak meminang, tapi tiada… Erra Fazira tak pasti hubungannya dengan Shahir

Erra Fazira tidak terlalu memikirkan hubungannya dengan Shahir dan menyerahkan perjalanan hidupnya kepada ketentuan Allah. Foto AFIQUE YUSOFF

PELAKON Erra Fazira tidak mengetahui hala tuju hubungannya dengan penyanyi Shahir Zawawi walaupun bekas peserta program Akademi Fantasia itu beberapa kali mengeluarkan kenyataan akan menghantar rombongan memimang untuk berkahwin dengannya.

Erra juga memberitahu dia sendiri sudah lama tidak bertemu dengan Shahir namun ada berkomunikasi menerusi panggilan telefon dan mesej.

“Kami tidak bergaduh pun cuma memang sudah agak lama kami tak berjumpa dan sekadar bertanya khabar menerusi telefon.

Erra masih berhubung dengan Shahir namun sudah lama tidak bertemu.

“Cuma sukar untuk saya katakan mengenai kedudukan saya sekarang... ‘Menang’ atau ‘gagal’ susah hendak saya cakap.

ARTIKEL BERKAITAN: Muncul bersama Shahir, ini kata Erra Fazira

“Pada saya apabila dia bersuara mengenai soal perkahwinan ia sedikit sebanyak memberi impak bukan sahaja kepada diri saya tetapi orang sekeliling seperti keluarga dan teman.

“Jadi rasanya lebih baik jangan bersuara perkara yang kita sendiri tidak tahu apa pengakhirannya,” kata Erra.

Shahir Zawawi.

Erra ditemui pada sidang media program realiti Miss Lawak yang diadakan pada Rabu.

Pelakon filem Sembilu itu muncul sebagai juri profesional pertandingan berkenaan bersama Datuk AC Mizal.

Dalam pada itu, Erra berkata, dia enggan berfikir soal tersebut sebaliknya hanya mengikut apa yang telah diaturkan oleh Allah untuknya.

Pada saya senang, buat apa hendak membeli ‘bahan’ apabila ‘tapak’ yang dibina pun belum kukuh.

ERRA FAZIRA

PELAKON

“Pada saya senang, buat apa hendak membeli ‘bahan’ apabila ‘tapak’ yang dibina pun belum kukuh.

“Hakikat yang nyata biarlah saya ikut sahaja apa telah diaturkan oleh Allah buat saya,” jelasnya.

Bercakap mengenai penglibatannya sebagai juri profesional Miss Lawak, Erra berkata, dia teruja akhirnya terdapat sebuah program yang mengangkat semua wanita sebagai peserta.

Kata Erra, walaupun dia bukan seorang pelawak namun yakin dapat memberikan komen adil buat semua peserta menerusi 20 tahun pengalamannya dalam industri hiburan.

Erra bakal bertindak sebagai juri profesional menerusi program realiti terbaharu Miss Lawak.

Erra Fazira, Shahir Zawawi

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Wanita kongsi detik lucu masalah bau di rumah