suria

‘Amalina’ cecah 1 juta tontonan dalam masa 3 hari, Santesh terima anugerah

Santesh

PENYANYI Santesh mencipta rekod tersendiri apabila diiktiraf sebagai artis berbangsa India pertama di Malaysia yang berjaya mencapai 1 juta tontonan di YouTube menerusi karyanya.

Santesh, 31, diiktiraf melalui lagu Amalina versi tamil dimana lagu itu hanya mengambil masa 72 jam untuk mendapat tontonan sebanyak itu.

“Ini semua berlaku kerana usaha syarikat dan muzik lagu Amalina itu sendiri, malah pasukan pemasaran yang melakukan usaha luar biasa turut menyumbang kepada kejayaan ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Santesh tak sangka lebih 13 juta tonton ‘Amalina’, dia pun terkejut

“Malah saya gembira artis berbangsa India semakin diterima baik pendengar Melayu,” kata Santesh kepada mStar Online.


Santesh (tengah) bersama wakil The Malaysia Book of Records dan pihak syarikat rakamannya.

Santesh ditemui semasa sidang media pelancaran single keduanya berjudul Mymuna di Kuala Lumpur pada Rabu.

Terdahulu dia menerima pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records.

Dalam pada itu, Santesh turut mendedahkan penangan akibat populariti jenama Amalina akan dirakamkan dalam bentuk telefilem dalam masa terdekat.

“Saya memang minat berlakon sejak dulu lagi, malah saya tambah teruja apabila rancangan untuk menghasilkan klip video dibincangkan.

“Lebih mengembirakan, penangan lagu Amalina akan berterusan sehingga akan dijadikan sebuah telefilem tidak lama lagi. Malah saya akan membawakan watak utama dalam dalam telefilem yang akan memulakan pengambaran minggu hadapan," katanya.

Santesh

Artikel Lain