“Asalkan selesa, buat apa nak pakai pakaian ketat” - Siti Nurhaliza jawab busana dikritik lapuk

Siti Nurhaliza.

KEJAYAAN konsert jelajah Datuk Seri Siti Nurhaliza yang berlangsung di Jakarta, Indonesia pada Khamis lalu berjaya membuktikan penyanyi nombor satu negara itu masih kekal relevan dalam kalangan peminat negara seberang.

Namun di sebalik kemeriahan konsert itu, ada segelintir pihak yang tidak berpuas hati dan mengkritik pemilihan busana Siti apabila seorang pereka fesyen baharu menganggap ia lapuk dan tidak sesuai dengan kehebatan namanya.

Menjelaskan hal itu, Siti, 40, memberitahu dia tidak kisah dengan pandangan terhadap perkara tersebut kerana apa paling penting dirinya selesa memandangkan perlu banyak bergerak di pentas.

Siti Nurhaliza ketika membuat persembahan di Jakarta, Indonesia. 

ARTIKEL BERKAITAN: Gelang emas untuk ibu sempena Siti Nurhaliza 40 tahun

“Pandangan orang itu berbeza-beza dan saya ada alasan mengapa memilih pakaian tersebut.

“Asalkan selesa... Buat apa nak pakai baju terlalu ketat tetapi tidak keyakinan diri untuk menyanyi dengan baik?” soalnya.

Siti ditemui pada majlis pelancaran telefon pintar terbaharu Vivo V15Pro yang diadakan pada Selasa.

Siti dan Janna Nick memperkenalkan produk terbaharu Vivo iaitu V15Pro.

Turut hadir pada acara itu aktres Janna Nick yang juga duta produk itu bersama Siti.

Bercakap mengenai konsert jelajahnya, Siti memberitahu dia akan melakukan beberapa penambahbaikan menerusi konsert di Singapura dan Kuala Lumpur selain mengambil kira pandangan peminat yang menonton konsertnya di Jakarta.

Malah kata Siti, dia juga menambah lagu selain pakaian berbeza mengikut kesesuaian selain memberikan kelainan pada setiap konsert itu.

“Setiap komen dan pandangan mengenai konsert di Jakarta saya ambil maklum untuk tampil lebih baik dalam memberikan persembahan terbaik.

Siti sempat mendendangkan lagu Anta Permana di acara pelancaran telefon pintar terbaharu Vivo. 

“Insya-Allah akan ada penukaran dan penambahan lagu di Singapura dan Kuala Lumpur nanti selain busana juga berbeza,” jelasnya.

Konsert Siti Nurhaliza On Tour 219 akan diadakan di Singapura pada 2 Mac ini manakala di Kuala Lumpur pada 16 Mac 2019.

Tiket konsert di Arena Axiata sudah habis dijual.

View this post on Instagram

Utk konsert @ctdk tahun ni, mak sangat teruja ya. Sebab selama 28tahun, mak berjaya beli ticket konsert ct dan mak mmg niat mak tak akan pergi konsert artis lain selagi mak tk pergi konsert CT. so kali ni pertama kali akan ke konsert merupakan perkara yg penting dalam hidup mak.repeat.PENTING . setiap konsert, selain arrangement music, stage design dan pemilihan lagu, baju ct adalah perkara paling utama mak nak tengok.Ye tahu ,ct in person, pakai apa pn mmg cantek, sebab aura tu. tapi pemilihan baju yg tepat and kesesuaian dgn level ct amat lah penting . Mlm tadi berlangsung konsert ct kat jakartah, mak ikut la perkembangan insta story and hashtag segala. As per expected (since sketch dari rizman ruzaini ) tersebar) mak tak expect apa apa sebab ia memang akan jadi disaster . Maaf @rizmanruzaini , untuk konsert kali ini, why why why why why you buat ct macam toh!! . 1. Baju opening untuk segmen tradisional.how many times you nak buat CT ikat kain kat jari jemari toh? Awak ingat CT ni penari in house istana ke? Kenapa perincian baju tersebut ade renda renda kat bawah tu. and mak perasan ya renda renda tu awak guna kain yang sama untuk baju CT yang seluar gold tu yang ade peplum tu. Kalau nk go for tradisional, bagi la tradisional betol. Tu tengok gamba lagi stu tu, siti pakai costume baju puteri perak berwarna gold. Kan klassic tu tanpa ubah apa apa. Songket + accessories .Ni dengan pattern burung merak kt dada, u tambah dengan renda fringes dengan kain kilat kilat tompok diamond tu. aiyo . 2. Baju siti yang ke2 pakai one piece long pant dengan peplum di pinggang. Ermm. I bukan anti RR, tapi tah la. tak kena laaaa.tahu nk tutup pungkok siti, tapi tak kena la peplum toh. Lepas tu kain perca kilat kilat kat tudung tu(material sama kat baju tu ) yang you tambah kt tudung CT tu konon nak matching maching,tapi kt bahagian hujung kt dada siti potongan kain nye senget ya. Mak nampak yaaa . 3. Baju last CT yg long dress sequins toh. Shape dh cantek, drape asymmetrical tu nice, kt dada ade bunga bunga. Tapi mak nak tanya kenapa ade bunga yang sama tumbuh kat kepala CT? Why why why. Sebab tudung tu kosong ke? Sebab ade kain lebih? Heyyyy #sitinurhalizaontour #iamdesigner

A post shared by M.F.O (@firdeeothman) on

Siti Nurhaliza

Artikel Berkaitan

Artikel Lain