suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Amyra Rosli dimasukkan ke hospital, Amar Baharin minta doakan

Amyra Rosli dimasukkan ke hospital pagi Selasa.

PELAKON popular Amyra Rosli dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court selepas mengadu sakit perut pada pagi Selasa.

Suaminya iaitu Amar Baharin, 34, berkata, Amyra berada dalam keadaan stabil namun masih dalam pemeriksaan pihak hospital.

"Pagi tadi saya bawa ke hospital selepas dia mengadu rasa tidak sedap perut.

"Sekarang masih menunggu keputusan pemeriksaan yang dijalankan pagi tadi. InsyaAllah doakan semuanya baik,” ujarnya kepada mStar Online.

ARTIKEL BERKAITAN: Berlakon adegan mesra? Amyra tak perlu jelaskan… peminat bukan faham!

Amar Bahrin berkahwin dengan Amyra pada November 2016.

Amyra memuat naik foto dia kini menjalani rawatan di sebuah hospital sehingga mengundang pertanyaan peminatnya.

Rata-rata mendoakan wanita itu cepat sembuh dan pulih seperti biasa.

Ditanya sama ada pelakon drama Nur itu hamil, Amar menafikan perkara berkenaan.

"Tidak, sakit perut yang dialami itu bukan sebab hamil. Kami masih menunggu keputusan daripada doktor,” ujarnya.

Amyra berkahwin dengan Amar pada November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Aqeef Anaqi yang kini berusia dua tahun.

Amyra Rosli, Amar Baharin

Artikel Lain