suria

Remy Ishak nak simpan 'magic momen' dengan Mira Filzah, bimbang peminat muak

Remy kalau boleh tidak mahu terlalu kerap bergandingan dengan Mira Filzah.

PELAKON Remy Ishak memberitahu dia tidak mahu terlalu kerap bergandingan dengan Mira Filzah kerana bimbang peminat akan berasa muak melihat mereka.

Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 37, berkata dia ingin menyimpan keserasian yang ada bersama Mira ketika berlakon supaya peminat akan merindui mereka.

"Kalau boleh saya tak nak terlalu kerap bergandingan dengan Mira. Kadang-kadang bila kita dah tahu ada 'magic momen' dengan dia, kita kena simpan.

ARTIKEL BERKAITAN: Remy Ishak tegur netizen tuduh angau dengan Mira Filzah

ARTIKEL BERKAITAN: 'Sedekad' dedah semua rahsia Remy Ishak termasuk masalah kemurungan


Remy tidak mahu peminat muak melihat gandingannya bersama Mira berulang kali.

"Saya bimbang kalau peminat akan muak melihat gandingan kami berulang kali sebab tu kita rancang betul-betul. Bila ada projek bagus, baru bekerjasama semula.

"Lagipun, selesaikan satu drama dahulu dan biar peminat rasa rindu nak lihat gandingan kami selepas itu," kata Remy kepada mStar.

Remy ditemui ketika acara mengagihkan 1,000 unit Origina Tamar Milk kepada pengguna lebuhraya Tol Kesas Sunway, Subang Jaya pada Jumaat.

Gandingan Remy Ishak dan Mira Filzah mendapat sambutan hangat sejak terlibat dalam Pujaan Hati Kanda.

Keserasian itu diteruskan dalam drama bersiri Lelaki Kiriman Tuhan.

Jadual terlalu padat menyebabkan Remy terpaksa tangguh hasrat nak lancar buku Sedekad.

Dalam perkembangan lain, Remy memberitahu dia terpaksa menangguhkan pelancaran buku biografi, Sedekad disebabkan jadualnya terlalu padat buat masa sekarang.

Kata pelakon filem Pulang ini, buku yang mengisahkan perjalanannya selama 10 tahun bergelar anak seni itu masih dalam proses dan belum siap sepenuhnya.

"Buku itu saya tak dapat nak keluarkan lagi sebab masih dalam proses untuk siap sepenuhnya. Sepatutnya memang dah keluar tapi jadual saya pula padat.

"Kerja tak henti sebab tu saya terpaksa tangguhkan sekejap tapi Insya-Allah perancangan tu dalam masa terdekat dan tahun ini juga," ujarnya.

Remy Ishak, Mira Filzah

Artikel Lain