suria

Nora Danish tarik diri dari satu jenama kosmetik, berehat sepanjang Ramadan

Nora Danish tiada sebarang kaitan dengan satu jenama kosmetik. Foto Instagram @noradanish

PELAKON Nora Danish mengumumkan dia tidak lagi mempunyai kaitan dengan produk kosmetik jenama OhMostWanted sejak April lalu.

Menurut Nora, 37, setelah dua tahun menjalankan perniagaan berkenaan bersama tiga lagi rakan kongsi, pengunduran ini merupakan keputusan yang sudah ditimbang tara sebaik mungkin.

"Selepas memikirkan perkara ini semasak masaknya dan di atas sebab tertentu, saya percaya apa yang dilakukan ini untuk kebaikan bersama.

"Saya sendiri begitu mencintai perniagaan kosmetik dan mempunyai perancangan lain pada masa mendatang.

Nora mahu fokus pada perniagaan sendiri.

"Melihat perkembangan dan kejayaan jenama ini daripada hari pertama hingga sekarang. Saya juga percaya penarikan diri ini sudah tepat waktunya dan membiarkan rakan kongsi lain meneruskan legasi yang dimulakan,” katanya.

Dalam pada itu, Nora menafikan penarikan diri itu kerana mempunyai masalah dengan rakan kongsi lain.

Nora juga berharap apa yang dijelaskan ini dapat memberikan pencerahan supaya tidak timbul sebarang salah faham.

"Selepas ini sebarang imej atau nama saya tidak boleh digunakan jenama itu lagi untuk apa saja tujuan promosi berkuatkuasa sejak 1 Mei supaya tidak berlaku sebarang kekeliruan

Nora berehat daripada kerja di bulan Ramadan.

"Pihak mereka mempunyai masa empat bulan untuk mengeluarkan gambar dan video saya daripada tempoh kuat kuasa,” katanya.

Dalam perkembangan lain, pelakon drama Imaan itu memilih untuk berehat di bulan Ramadan dan memberi perhatian kepada keluarga.

"Masa saya banyak dihabiskan di rumah bersama keluarga.

"Ada kalanya kami sekeluarga berbuka di rumah atau memilih lokasi di luar," katanya.

Nora Danish

Artikel Lain