“Arwah sering beri sokongan, kali terakhir jumpa di majlis berinai” - Fasha Sandha ucap takziah pemergian pengasas Dnars

Kali terakhir Fasha bertemu Faziani ketika majlis berinainya pada Mac lalu.

BERITA pemergiaan usahawan kosmetik Faziani Rohban Ahmad akibat kemalangan pagi Sabtu turut dirasai pelakon Fasha Sandha yang juga rakan baik kepada Allahyarham.

Menurut Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 35, biarpun kali terakhir bertemu ketika majlis berinainya pada Mac lalu namun mereka sering berhubung dan bertanya khabar.

"Kakak @faziani_rohban kesayanganku, insan yang baik pekertinya, cepatnya dikau pergi meninggalkan kami.

"Kali terakhir berjumpa dengannya di majlis berinaiku, tapi dikau tak pernah lupa untuk mesej bertanyakan khabar.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengasas Dnars terkorban dalam perjalanan sampaikan sumbangan ke tahfiz Pattani


Fasha turut memuat naik beberapa foto kenangan bersama Allahyarham.

"Sering memberikan sokongan buatku, dikau seorang yang terlalu baik untukkukak," tulis Fasha menerusi laman Instagramnya pada Sabtu.

Pengasas Dnars itu meninggal dunia selepas dia terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Pattani, Thailand pada pagi Sabtu.

Menerusi laporan mStar, kejadian berlaku ketika dia dalam perjalanan ke rumah anak-anak tahfiz bagi memberi sumbangan.

Suami kepada Allahyarham, Ahmad Shah Rizal Ibrahim yang turut berada di dalam kenderaan tersebut mengalami kecederaan dan dibawa ke hospital Pattani.

Dalam pada itu, isteri kepada pelakon Aidil Aziz ini yang masih terkejut dengan berita tersebut mendoakan agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Fasha dan Allahyarham Faziani berkawan rapat.

Fasha juga meluahkan rasa sedih dan menganggap Allahyarham sebagai seorang yang baik dan rendah diri.

"Semoga Allah tempatkan mu di kalangan orang yang beriman. Saya sayang awak kak, seorang yang baik dan sangat rendah diri. Antara insan yang paling ku sanjung tinggi.

"Masih terkejut dengan pemergian mu. Kepada semua pengikut ku, mohon sedekahkan Al-Fatihah buat kak Faziani yang baru saja meninggal dalam kemalangan jalan raya.

"Saya akan sentiasa mengingati awak kak, kenangan bersama tak akan ku lupa," katanya.

Kemalangan berlaku membabitkan kenderaan yang dinaiki Faziani dan suami dengan sebuah lori.

Sementara itu, pelakon Rozita Che Wan dan Diana Rafar mengucapkan takziah terhadap keluarga pengasas kosmetik tersebut atas kehilangan tersebut.

"Salam takziah, indahnya pemergianmu kak di bulan mulia ini dengan niat yang baik. Semoga Allah menerima segala kebaikan akak," ujar Diana.

Selebriti lain, Wak Doyok, Catriona Ross, Nadia Brian, Hafiz Hamidun, Datuk Seri Vida dan Lisdawati mengucapkan takziah di laman Instagram anak Allahyarham iaitu Iqbar Hakim.

Rata-rata memberikan sokongan dan berharap keluarga itu tabah menghadapi dugaan tersebut.

Fasha Sandha, Faziani

Artikel Berkaitan

Klik

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain