“Tak pernah pukul saya, tak tinggal puasa dan solat”- Isteri senaraikan sikap baik Alif Satar jauh beza dengan ‘Zafran’ atau individu lain

Sha Dila minta netizen jangan keliru Alif dengan Zafran dan mana-mana individu lain.

LAKONAN Alif Satar sebagai Zafran menerusi drama bersiri Pia menarik perhatian penonton yang rata-ratanya mengecam watak tersebut.

Menurut isteri kepada Alif iaitu Sha Dila Halid, watak Zafran itu jauh berbeza dengan diri sebenar suaminya yang dianggap mempunyai banyak sifat baik.

"Lelaki yang jauh berbeza dengan Zafran. Lelaki ini mempunyai jiwa yang baik, dia beri lebih daripada yang diterima, tidak pernah minta untuk 'terima kasih' atau 'bagus' daripada orang lain.

"Tidak pernah dia pukul saya, tidak pernah menengking saya, tidak pernah mahu melihat saya susah, sentiasa membantu dalam kerja rumah.

"Tak tinggal puasa macam Zafran, solat tak tinggal dan seorang yang mementingkan keluarga," kata Sha Dila.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak kelakar tapi nampak bodoh” - Isteri Alif Satar kesal suaminya dikaitkan dengan isu Aliff Aziz


Sha Dila dedah sifat baik yang ada pada Alif.

Shadila yang kini sedang hamil anak ketiga mereka memuat naik perkongsian tersebut menerusi laman Instagramnya pada Sabtu.

Drama tersebut yang turut dibintangi oleh Zara Zya dan Naim Daniel itu mula ditayangkan sejak 3 Mei lalu menerusi TV3 pada pukul 9 malam.

Dalam pada itu, Sha Dila memberitahu dia akan berasa penat jika berterusan menyenaraikan kebaikan Alif namun menganggap suaminya layak untuk mengetahui kesemuannya.

Selain itu, Sha Dila turut meminta netizen untuk tidak keliru Alif Satar dengan Zafran atau individu lain.

"Saya boleh teruskan dan teruskan. Saya boleh tetapi saya akan penat nak beritahu semua sifat baiknya.

Keluarga Sha Dila dan Alif bakal bertambah dengan kelahiran anak ketiga mereka tidak lama lagi.

"Walau bagaimanapun, dia layak untuk mengetahui dirinya seorang lelaki yang hebat. Tolong jangan keliru dia dengan Zafran atau mana-mana individu lain.

"Yang sama antara Alif dan Zafran adalah mereka sama-sama kacak. Lelaki yang kuat dan harapan utama saya ialah untuk anak-anak saya menjadi seperti Alif Satar," katanya.

Sebelum ini, Shadila pernah menegur individu yang membuat jenaka kononnya keliru antara Alif Satar dengan Aliff Aziz di Twitter.

Terbaharu, sekali lagi netizen mengaitkan nama Alif Satar dengan kontorversi rumah tangga membabitkan Aliff Aziz dan Bella Astillah.

Sha Dila dan Alif mendirikan rumah tangga pada 15 September dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Alisha Anugerah, 4, dan Ariana Mecca, 2.

Alif Satar, Sha Dila

Artikel Berkaitan

Klik

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain