suria

Rumah Shah (Slam) terbakar ketika keluar berbuka

Rumah Shah Slam terbakar kira-kira pukul 8 malam Jumaat.

KEDIAMAN keluarga pemain gitar kumpulan Slam iaitu Shah atau nama sebenarnya Shah Nizam Abd Halim yang terletak di Taman Bukit Indah, Ampang terlibat dalam kebakaran kira-kira pukul 8 malam Jumaat.

Pengurus Slam iaitu Johan Aziz ketika dihubungi mStar memberitahu kejadian berkemungkinan berpunca daripada penghawa dingin rumah itu selepas berlaku letupan kecil sebelum kebakaran.

"Api mungkin bermula daripada tingkat atas rumahnya kerana ia paling teruk terbakar.

Johan menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan kejadian kebakaran itu.

"Saya tak dapat nak pastikan tetapi ia mungkin disebabkan litar pintas pada aircond kerana jiran memaklumkan berlaku letupan sebelum kebakaran. Tingkap atas juga pecah.

"Macam mana pun saya tak dapat nak pastikan kerana pihak bomba masih melakukan siasatan ketika ini," katanya.

Bagaimanapun Johan memberitahu ketika kejadian Shah dan keluarga tiada di rumah kerana sedang berbuka puasa di luar.

Api yang kelihatan di tingkat atas rumah Shah. Foto: Johan Aziz

"Alhamdulillah, semuanya selamat. Mujur semasa kejadian tiada sesiapa di rumah kerana Shah bersama isteri dan anak-anaknya berbuka puasa di luar.

"Bahagian atas musnah teruk tetapi bawah hanya sebahagian yang terbakar. Sudah la dekat nak raya tetapi rumah pula terbakar," katanya.

Sementara itu, Shah ketika dihubungi tidak dapat memberikan komen kerana ketika itu sedang memberi keterangan kepada pihak bomba.

Shah Slam, terbakar

Artikel Lain