“Rambut panjang macam pengemis, baju tak gosok... selekeh!” - Wawa Zainal dan Aeril Zafril teruk dihentam netizen, siap dilabel tolol

Penampilan anak Aeril dan Wawa Zainal menjadi perhatian netizen pada hari pertama sesi persekolahan.

TINDAKAN pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal berkongsi gambar ketika menghantar kedua anaknya pada hari pertama sesi persekolahan nampaknya mengundang rasa tidak puas hati netizen.

Ia gara-gara penampilan anak pertama mereka iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7, yang dilihat tidak kemas sehingga ada segelintir netizen yang menggelarkan pasangan itu dengan panggilan 'tolol'.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak nak mereka rasa susah macam kami struggle dulu” - Aeril Zafrel, Wawa Zainal besarkan anak dengan kemewahan

ARTIKEL BERKAITAN: “Awal kahwin saya suka marah dia” - Wawa Zainal sedih, lakonan Aeril Zafrel imbau perangai lama

Tidak kurang juga, ada yang mendakwa pasangan selebriti itu seolah-olah mahu menunjukkan kemewahan apabila memilih sekolah swasta untuk anak mereka.

Antara kritikan yang dilemparkan terhadap keluarga ini.

"Sekolah Islam tak ada garis panduan fasal rambut dan pakaian ke? Patutlah aku tengok budak-budak ni rambut serabai, baju tak bergosok dan selekeh.

"Kecil-kecil dah diajar jadi kurang ajar. Pergi sekolah dengan rambut panjang macam pengemis... tak kiralah sekolah kerajaan atau swasta, ajaran daripada mak ayah itu penting.

"Macam mana nak jadi kaya dan hantar anak dekat sekolah international supaya boleh upload dalam Instagram untuk riyak dan takbur?

"Tak payah pergi sekolah kalau nak simpan rambut macam tu, ibu ayah pun tolol," tulis netizen.

Tidak melatah dengan kecaman yang diterima, Aeril menerusi posting yang dimuat naiknya pada Jumaat menjelaskan tujuan dia memuat naik gambar itu sekadar kenang-kenangan buat dirinya.

Berambut panjang tak bererti kurang ajar, bertudung tak bererti suci daripada segala dosa, berpakaian ala kadar tak bererti tak menghormati orang, yang bersolat lima kali sehari tak bererti tak ada dosa!

MICHAEL ANG

PENERBIT

"Niat upload nak simpan saja buat kenangan... sekali ambil kau. Tak chill betul mereka ni," ujarnya.

Selain Aeril, perkara itu juga turut mendapat perhatian penerbit popular, Michael Ang yang turut berang dengan tindakan netizen meninggalkan komen berbaur negatif kepada pasangan selebriti itu.

"Tak faham aku dengan mulut-mulut orang sekarang. Berambut panjang tak bererti kurang ajar, bertudung tak bererti suci daripada segala dosa, berpakaian ala kadar tak bererti tak menghormati orang, yang bersolat lima kali sehari tak bererti tak ada dosa!

"So kau orang fikir-fikirkanlah dulu sebelum komen yang bukan-bukan berdasarkan satu gambar!" tulisnya.

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Ronaldinho disahkan positif Covid-19