Fesyen dreadlock Nafiz Muaz jadi perhatian - “Rambut itu tidak busuk seperti yang didakwa individu tersebut” - Hiburan | mStar

Fesyen dreadlock Nafiz Muaz jadi perhatian - “Rambut itu tidak busuk seperti yang didakwa individu tersebut”

Nafiz memberitahu imej berambut dreadlock hanya lakonan untuk drama terbaharunya.

SELEPAS berulang kali ditegur segelintir netizen gara-gara tampil dengan imej berambut dreadlock untuk watak Kris dalam drama Pengantin lelaki Untuk Cik Gadis, pelakon Nafiz Muaz akhirnya terpaksa bersuara.

Tegas Nafiz, 22, netizen tidak sepatutnya menjatuhkan hukum berdasarkan penampilannya memandangkan banyak perkara positif yang cuba ditonjolkan menerusi drama tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Nafiz Muaz tak cukup makan, sanggup kurang tidur sebab 'Terima Kasih Ibu'

"Sebenarnya saya tak marah pun dan terima saja teguran dan kritikan netizen. Tapi bagi saya, janganlah mudah jatuh hukum hanya dengan melihat imej seseorang itu.

Nafiz memuat naik paparan skrin komen netizen yang mempertikaikan imej rambut dreadlock yang digayakannya.

"Rambut dreadlock yang saya gayakan itu hanya lakonan saja dan kalau anda tonton drama itu, ada banyak lagi benda positif yang anda boleh nampak selain rambut itu.

"Walaupun watak Kris berimej seperti itu, tapi dia banyak tahu mengenai ilmu Islam dan ada juga babak dia solat," kata Nafiz kepada mStar.

Sebelum ini, Nafiz ada memuat naik paparan skrin komen seorang individu yang menganggap imej itu tidak elok dan ia dikhuatiri boleh menjadi ikutan anak muda.

Ini bukan kali pertama tapi dah beberapa kali juga saya perasan komen netizen yang mempertikaikan imej dreadlock itu.

NAFIZ MUAZ

PELAKON

Malah, individu tersebut juga mendakwa rambut dreadlock yang digayakan pelakon drama Terima Kasih Ibu itu tidak bersih selain berbau busuk.

Dalam pada itu, Nafiz menjelaskan dia terpanggil untuk membalas komen individu itu selepas beberapa kali menerima komen yang sama daripada netizen lain.

"Ini bukan kali pertama tapi dah beberapa kali juga saya perasan komen netizen yang mempertikaikan imej dreadlock itu.

Nafiz bergandingan dengan Uqasha dalam drama Pengantin Lelaki Untuk Si Gadis.

"Mungkin segelintir mereka ini tidak faham dan sebab itu saya terpaksa balas salah satu komen itu untuk menjelaskan lebih lanjut.

"Untuk pengetahuan juga, rambut itu tidak busuk seperti yang didakwa individu tersebut," ujarnya.

Selain Nafiz, drama tersebut turut dibintangi oleh Uqasha Senrose, Elly Mazlein, Azri Iskandar, Yusuf Bahrin dan ramai lagi. 

Nafiz Muaz , Uqasha Senrose

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain