Haqiem Rusli tanam hasrat anjur pertandingan nyanyian, YouTube jadi platform cari bakat baharu bidang muzik - Hiburan | mStar

Haqiem Rusli tanam hasrat anjur pertandingan nyanyian, YouTube jadi platform cari bakat baharu bidang muzik

Haqiem memenangi kategori 'Uprising Composer' di Konsert Throwbaek 2019 pada Disember lalu.

PENYANYI Haqiem Rusli memberitahu dia menyimpan hasrat untuk menganjurkan sebuah pertandingan nyanyian secara dalam talian pada tahun ini.

Menurut Haqiem, 22, dia mahu mencungkil bakat-bakat baharu menerusi pertandingan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN“Aku tak pernah minta maaf, sebab tu rezeki aku sempit” - Sharul AF menyesal kutuk, benci Haqiem Rusli

"Pertandingan ini bukanlah untuk mengaut keuntungan semata-mata tetapi ia bertujuan mencari dan menggilap bakat-bakat muda di luar sana.

"Saya juga tidak meletakkan harapan tinggi kerana ia adalah program pertama yang ingin saya anjurkan.

Haqiem berhasrat mencari dan menggilap bakat-bakat muda dalam bidang nyanyian.

"Jika perancangan saya menjadi, ia hanya akan dimuat naik di YouTube sahaja," katanya kepada mStar.

Bagaimanapun Haqiem memberitahu bahawa ia sekadar perancangan yang belum tentu dapat direalisasikan.

"Ini sekadar perancangan, saya masih tidak tahu ianya menjadi atau tidak. Kalau saya nak melakukan pertandingan saya perlu memikirkan banyak benda untuk menjayakannya," katanya.

Pertandingan ini bukanlah untuk mengaut keuntungan semata-mata tetapi ia bertujuan mencari dan menggilap bakat-bakat muda di luar sana

HAQIEM RUSLI

PENYANYI

Pada Disember lalu penyanyi lagu Tergantung Sepi ini memenangi anugerah uprising composer di Konsert Throwbaek 2019.

Kata Haqiem kemenangan itu bukan sekadar penghargaan untuk dirinya namun diharapkan ia dapat memberi inspirasi kepada golongan muda yang meminati muzik.

"Anugerah ini sebagai pembakar semangat supaya saya boleh menghasilkan karya yang lebih berkualiti.

"Ini juga dapat memberikan inspirasi kepada golongan muda supaya terus berusaha untuk berjaya di dalam industri muzik," katanya.

haqiem rusli , uprising award

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain