“Demi kerja... saya pernah masuk pejabat selepas sehari bercerai” - DJ Lin selesa jalani kehidupan solo tanpa pasangan hidup

DJ Lin selesa menjalani kehidupan solo tanpa suami.

PENYAMPAI radio Suria FM iaitu DJ Lin mengakui sukar mencari pasangan dan terlalu selesa menjalani kehidupan tanpa suami menyebabkan dia tidak terfikir untuk mendirikan rumah tangga buat kali kedua.

Selain itu DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid, 44, berkata dia juga bimbang jika pasangannya tidak boleh menerima dirinya yang komited dengan kerja.

Cerita DJ Lin, dia tetap hadir bertugas seperti biasa walaupun selepas sehari bercerai dengan bekas suaminya pada 2006 demi tanggungjawab terhadap kerjayanya.

ARTIKEL BERKAITAN: DJ Lin langgar orang sampai mati? - “Hidup tak selamat kalau bohong, nak duit orang dengan menipu itu kerja malas!”

“Buat masa ini saya selesa dengan kehidupan bersama anak-anak di samping menjaga ibu yang sedang sakit. Belum ada perancangan untuk mendirikan rumah tangga buat kali kedua.

“Sekarang ini susah nak cari pasangan yang boleh memahami jadual kerja saya.

“Saya seorang yang sangat komited dengan kerja malah demi kerja, saya pernah masuk pejabat selepas sehari bercerai. Ketika itu, ramai yang bertanya macam mana boleh saya handle emosi dan bekerja.

Wany Hasrita dan Sissy Imann antara selebriti yang turut memeriahkan majlis ulang tahun kelahiran DJ Lin.

“Bagi saya kerja dan kehidupan peribadi perlu diasingkan. Tanggungjawab untuk kerja itu perlu dilakukan walau apa yang berlaku,” kata DJ Lin kepada mStar.

DJ Lin ditemui ketika majlis sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-44 bersama kelab peminat iaitu Djlinfollowers di Restauran Nelayan Steamboat Ampang, Selangor pada Sabtu.

Penyampai Radio Popular ABPBH31 ini bercerai pada 2006 dan hasil daripada perkahwinan itu dia mempunyai dua orang anak bernama Nureen Aresya, 19, dan Nazren Asyran, 17.

DJ Lin mahu mencari lelaki yang boleh menerima dia dan anak-anaknya.

Dalam pada itu Pengurus Kanan Suria FM ini memberitahu dia sanggup melepaskan kerjayanya jika bertemu lelaki yang mampu menanggung kehidupannya pada masa hadapan.

DJ Lin turut meletakkan sasaran untuk berkahwin pada tahun ini walaupun dia belum menemui calon suami yang sesuai.

“Kalau ada lelaki yang boleh menampung kehidupan saya dan menerima saya yang mempunyai dua orang anak, saya sanggup berhenti kerja untuk fokus pada rumah tangga saja.

“Kalau nak diikutkan, sasaran saya nak berkahwin pada tahun ini tapi buat masa sekarang belum lagi bertemu jodoh yang bersesuaian,” ujarnya.

DJ Lin, cerai

Artikel Berkaitan

Artikel Lain