Eina Azman dituduh penting diri borong enam troli barang - “Kalau tak fikir orang... saya tak beri bantuan makanan 100 buah rumah!” - Hiburan | mStar

Eina Azman dituduh penting diri borong enam troli barang - “Kalau tak fikir orang... saya tak beri bantuan makanan 100 buah rumah!”

Eina nafi pentingkan diri dan menjelaskan sebab berbelanja besar, baru-baru ini.

PELAKON Datin Eina Azman berang apabila dituduh kononnya mementingkan diri dan berbelanja besar dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Mengakui dakwaan netizen itu benar, Eina menjelaskan barangan yang dibeli itu bukan untuk kegunaannya sahaja malah untuk ahli keluarga yang lain.

"Saya rasa this girl nak popular atau memang suka nak bercerita hal orang. Apa masalah awak nak tag nama saya dan komen saya di Instagram kawan saya Betty Rahmad?

ARTIKEL BERKAITAN: Takkan nak buang Bik Poji tepi jalan kata Eina Azman

"Pertamanya saya memang beli enam troli sebab saya beli untuk tiga buah rumah iaitu diri saya, mak saya dan adik ipar saya yang berkeluarga besar! Jadi apa masalahnya? Saya tak fikir orang?

Eina jelaskan sebab berbelanja besar di laman Instagram.

"Kalau saya tak fikir orang... saya tak akan bagi bantuan makanan untuk 100 buah rumah sebelum kuarantin hari itu," katanya.

Eina menjelaskan mengenai perkara itu menerusi laman Instagram miliknya.

Bersama kapsyen tersebut dia turut berkongsi paparan skrin komen yang ditinggalkan oleh seorang netizen di salah satu foto yang dimuat naik di Instagram milik Betty.

"Tanya Eina... sebab hari itu nampak dia shopping borong habis sampai enam troli... penuh semua dalam tu, kasihan tak fikir orang lain," tulis netizen tersebut.

Eina tak kedekut hulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Bagaimanapun, hasil carian mendapati komen tersebut telah dipadam.

Sementara itu, Eina meminta individu berkenaan tidak mencampuri urusan orang lain sehingga boleh menimbulkan fitnah yang tidak benar.

Malah, dia mengakui tidak pernah lupa menghulurkan bantuan kepada mana-mana pihak yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama.

"Maaf bukan nak riyak atau apa-apa. Saya tanpa ada masalah pun sentiasa menolong orang tak mengira bangsa atau agama. 

"So, please mind your own bussiness! Jangan tahu nak mengata dan bercerita hal orang. Terima kasih.... untuk semua yang bercerita tentang saya beli enam troli," katanya.

Eina Azman

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain