suria

Takkan nak buang Bik Poji tepi jalan kata Eina Azman

Eina dan suami menempah bilik hotel selama dua bulan untuk pembantu rumah mereka berehat.

KEHIDUPAN pelakon Datin Eina Azman dan anak kembarnya sentiasa menjadi perhatian netizen di laman sosial.

Selain itu, Eina juga kerap memuat naik video pembantu rumahnya dan kelihatan dia sangat sayangkan mereka serta melayan dengan baik.

Terbaharu, pemilik nama Ainur Syakina Azman, 23, berkongsi video dia bertemu dengan pembantu rumahnya, bik (bibik) Poji selepas dua bulan tidak berjumpa.

Menerusi video tersebut, Eina dan suami, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden telah menempah bilik hotel untuk Bik Poji berehat selepas diserang penyakit tuberkulosis atau tibi.

Eina memuat naik video bersama pembantu rumahnya.

Keputusan itu dibuat mengikut saranan doktor yang bimbang penyakit itu akan berjangkit dengan anak kembarnya, Karl Kareef dan Arianna Aubrey, 2.

"Salam semua, untuk yang selalu DM (direct message) saya tanya tentang Bik Poji. Selepas dua bulan tak jumpa Bik Poji sebab sakit TB (tibi) dan doktor sarankan dia duduk luar.

"Sebab saya ada anak-anak kecil takut berjangkit. Nak hantar balik kampung Bik Poji tak nak. Sebab dia masih nak bekerja.

"Jadi takkan saya nak buang dia tepi jalan seperti majikan lain buat? Saya dan suami buat keputusan ambil hotel untuk dua bulan bagi dia cukup berehat dan pulihkan diri," tulisnya.

Keluarga bahagia Eina.

Rata-rata pengikutnya memuji sikap Eina dan suami yang amat prihatin dan bertanggungjawab ke atas pekerja mereka.

Dalam pada itu, Eina bersyukur pembantu rumahnya itu sudah pulih dan sudah dibawa pulang ke rumah pada Selasa.

"Dia masih dalam rawatan. Dua bulan lalu Bik Poji sakit teruk. Ingat sesuatu yang tidak baik akan jadi. Kami semua risau.

"Tapi Alhamdulillah semuanya dah OK. Saya dah bawa dia pulang ke rumah malam tadi," katanya.

Eina berkahwin dengan Kaiser Gurmeet Harden, 37 pada 31 Ogos 2014.

Datin Eina Azman

Artikel Berkaitan

Artikel Lain