Amyza Aznan berang 'scammer' laju buat kerja cuba perdaya pencarum KWSP - “Pasti ramai yang leka dalam situasi macam ni”

Amyza berharap tiada rakyat terpedaya dengan mesej daripada scammer yang meminta isi borang kemudahan KWSP.

TAK sampai beberapa jam kerajaan mengumumkan kemudahan pengeluaran i-Lestari bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sudah ada pihak yang cuba mengambil kesempatan.

Pelakon Amyza Aznan, 44, meluahkan rasa berang terhadap individu yang mengambil kesempatan dengan menghantar mesej meminta untuk mengisi borang KWSP dengan tujuan memperdaya orang ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Pencarum KWSP bawah 55 tahun boleh keluarkan Akaun 2, kadar maksimum RM500 sebulan - PM

Menurut Amyza, ramai orang yang terlepas pandang mengenai butiran kemudahan tersebut bermula 1 April depan menyebabkan mereka nyaris ditipu oleh scammer.

Amyza dedah ramai orang nyaris ditipu scammer mengenai kemudahan KWSP.

"Perhatian. Tolong kongsi... scammer dah mula buat kerja! Laju scammer ini kan. Beritahu keluarga, mak, ayah, adik-beradik dan jiran.

"Info untuk semua. Pasti ramai yang leka dalam situasi yang kekacauan macam ni. Pasti mereka tak terfikir, terlepas pandang segala urusan tentang KWSP yang boleh dibuat bermula 1 April.

"Bukan sekarang dalam masa sembilan hari ini segala mesej yang minta anda semua isi borang tentang KWSP adalah scammer. Ini pun ramai yang hampir terkena, hampir isi," katanya.

Pasti mereka tak terfikir, terlepas pandang segala urusan tentang KWSP yang boleh dibuat bermula 1 April.

AMYZA AZNAN

PELAKON

Aktres itu berkongsi maklumat mengenai scammer dan kemudahan KWSP itu di laman Instagramnya dan rata-rata netizen menyokong tindakannya itu.

Pada Isnin, kerajaan mengumumkan kemudahan tersebut berjumlah RM40 bilion bagi membantu meringankan beban yang ditanggung rakyat akibat wabak koronavirus atau Covid-19.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyuddin Yassin berkata semua ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan.

Selain itu, Muhyiddin turut mengumumkan tiga lagi inisiatif kerajaan yang diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi bagi membantu rakyat melalui waktu sukar ini.

Antaranya, kerajaan juga bersetuju menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM500 juta kepada Kementerian Kesihatan bagi menyokong usaha menangani Covid-19.

Susulan penularan wabak Covid-19 semakin serius, kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 Mac lalu hingga 31 Mac depan.

Punca pendapatan segelintir rakyat Malaysia terjejas akibat tidak dapat meneruskan kerja harian mereka selama 14 hari.

Amyza Aznan, Covid-19, KWSP

Artikel Berkaitan

Klik

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain